Header Ads

Selamat Bergelar Suami Isteri, Ini Kronologi Kisah Percintaan Fattah Amin Dan Fazura

Segala spekulasi percintaan Fattah Amin dan Fazura akhirnya tamat apabila mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri semalam. Meskipun ramai yang kecewa kerana mereka tidak berterus-terang tentang tarikh majlis pernikahan yang berlangsung, peminat tetap juga mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Faz serta mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Selamat Bergelar Suami Isteri, Ini Kronologi Kisah Percintaan Fattah Amin Dan Fazura

Apa kata kita “recap” kembali saat perkenalan Fattah dan Fazura dan kronologi percintaan mereka.

Kronologi Kisah Percintaan Fattah Amin Dan Fazura Yang Kini Sudah Bergelar Suami Isteri

Fattah dan Fazura mula rapat ketika bergandingan bersama dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella sekitar bulan Mei lalu. Lakonan mereka berdua yang penuh dengan “chemistry” berjaya memikat hati penonton sehingga wujudnya hashtag #FattZura.

Kronologi Kisah Percintaan Fattah Amin Dan Fazura

Kronologi Kisah Percintaan Fattah Amin Dan Fazura

Hubungan mereka tidak terhenti selepas tamat penggambaran drama HSC dan mereka kerap keluar bersama. Dari situ, bermula lah spekulasi mengatakan mereka sedang bercinta dalam diam. Walaubagaimanapun, Fattah ketika itu menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Kronologi Kisah Percintaan Fattah Amin Dan Fazura

Tidak lama selepas itu, Fattah dan Fazura sekali lagi digandingkan bersama dalam drama Wanita Terindah. Pada masa yang sama, gosip mengenai percintaan mereka berdua terus hangat diperkatakan kerana kemesraan antara mereka berdua semakin jelas kelihatan. Mereka saling berbalas komen di Instagram dan menghadiri acara hiburan bersama.

Kronologi Kisah Percintaan Fattah Amin Dan Fazura

Fazura turut meraikan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 pada 14 September lalu dan paling mendapat perhatian ramai ialah ketika Fattah mengirim 500 kuntum bunga mawar sempena ulang tahun kelahiran Fazura yang 34.

Kronologi Kisah Percintaan Fattah Amin Dan Fazura

Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai berita pertunangan mereka, akhirnya Fattah menerusi satu sidang media khas  selepas mereka pulang dari Mekah mengakui beliau sudah bertunang dengan Fazura pada 13 November lalu dalam sebuah majlis tertutup atas permintaan keluarga mereka dan tidak mahu menghebahkan perkara tersebut kerana mahu fokus menunaikan ibadah umrah.

Kronologi Kisah Percintaan Fattah Amin Dan Fazura

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura, siapa sangka perkenalan yang agak singkat menimbulkan bibit percintaan antara mereka berdua dan akhirnya membuat keputusan untuk segera bernikah.

Tonton video kenangan antara Fattah Amin dan Neelofa yang sungguh menyedihkan di bawah.


Sumber: beautifulnara.com

(Baca: Bersuamikan Lelaki Muda, Ini Pesanan Che Ta Buat Fazura)

No comments:

Powered by Blogger.