Header Ads

"Piala Malaysia Adalah Kemenangan Paling Besar Beliau Kepada Haters" - Fotografer Pasukan JDT

Sabtu lepas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah melakar kejayaan apabila berjaya merangkul trofi berprestij Piala Malaysia, selepas mengalahkan Kedah dengan jaringan 2-0. Kemenangan tersebut sudah pastinya membuatkan pemain-pemain JDT gembira dan ghairah terutama sekali Safiq Rahim.

Piala Malaysia Adalah Kemenangan Paling Besar Beliau Kepada Haters

Bagi kapten JDT, trofi itu merupakan kemenangan terbesarnya. Walaubagaimanapun, disebalik kejayaan pasukan JDT viral pula video Safiq melemparkan kata-kata yang tidak manis untuk didengar. Photographer pasukan JDT beritahu mengapa Safiq bertindak sedemikian.

‘Saya & pasukan masih dahagakan kejayaan!’

Piala Malaysia Adalah Kemenangan Besar Safiq Rahim Kepada ‘Pembenci’

Kejayaan menjuarai Piala Malaysia adalah kemenangan besar beliau kepada ‘pembenci’. Tangisan beliau ketika meraikannya adalah rasa ralat yang disorok menahan apa yang dipendam selama ini

Kata beliau ‘saya dan pasukan masih dahagakan kejayaan!’ – Pasti ‘pembenci’ terus mencari cacian yang di’halalkan’ tetapi kata-kata ‘pundek’ @srsafiq yang mereka terkesan. Terima kasih ‘capt’ untuk musim 2017!

Foto serta kapsyen diatas telah dimuat naik oleh Syah Sharizal di akaun Instagram.


No comments:

Powered by Blogger.