Ketiga-Tiga Haiwan Ini Sahabat Baik Sejak Kecil, Ramai Sangka Lakonan.
Melihat manusia berkawan dengan haiwan itu adalah perkara yang sangat normal. Bahkan, ada juga manusia yang berkawan rapat dengan haiwan yang liar seperti harimau dan singa yang menjadi viral baru-baru ini.
Tetapi pernahkah korang melihat persahabatan tiga spesis yang berbeza iaitu singa, beruang dan harimau? Kedengarannya memang tidak masuk akal, tetapi ini yang terjadi pada Leo, Balloo dan Sher Khan.
Beruang yang diberi nama Balloo, singa bernama Leo dan harimau bernama Sher Khan adalah trio yang ideal. Mereka memang haiwan yang paling berbahaya di dunia, bahaya kepada manusia dan haiwan-haiwan lain.
Tetapi apa yang menariknya mereka boleh menjadi kawan yang baik dan sangat rapat antara satu sama lain sehingga kini. Walaupun ada yang sukar untuk mempercayainya tetapi ini memang kisah benar, bukan rekaan seperti di dalam filem.
Masing-masing mempunyai kisah mereka tersendiri sebelum mereka berkawan baik. Cerita permulaan mereka bukanlah cerita yang menggembirakan. Mereka yang ditemui dalam keadaan yang menyedihkan oleh sebuah pusat perlindungan Noah Ark Animal yang terletak di Georgia lima belas tahun yang lepas.
Mereka ini telah diselamatkan dalam serbuan polis pada tahun 2001 dari ruangan bawah tanah sebuah rumah di Atlanta. Seorang pengedar dadah telah mengurung mereka adalah sebagai simbol status. Mereka dijumpai dalam keadaan parah telah dibawa ke pusat perlindungan tersebut untuk diberikan rawatan. Sejak daripada itu, mereka tinggal di bawah bumbung bersama-sama.
Korang pasti membayangkan akan adanya situasi dimana ada pergaduhan yang dahsyat antara mereka yang bersaing untuk mendapatkan makanan atau berebut kawasan jajahan.
Tetapi hal yang sebaliknya berlaku di pusat perlindungan haiwan tersebut. Mereka hidup aman bersama-sama. Mungkin kerana mereka dapat makanan dan keperluan yang mencukupi.
Ketiga-tiga sahabat diberi gelaran oleh pusat perlindungan haiwan tersebut iaitu BLT. BLT bermaksud gabungan nama antara beruang, singa dan harimau (bear, lion and tiger).
No comments: