“Doktor beritahu, saya hanya ada setahun untuk hidup" - Elyana Umum Hidap Kanser Tahap 4
Pernah menjadi seorang ikon remaja pada suatu ketika dahulu, penyanyi cantik Elyana telah kembali muncul di pentas hiburan apabila beliau menyertai pertandingan Gegar Vaganza setelah bertahun-tahun menghilang daripada radar peminat.
Namun, malam tadi merupakan persembahan terakhir Elyana setelah beliau tersingkir dari pertandingan itu. Kesedihan peminat-peminat Elyana tidak berakhir dengan penyingkiran beliau saja setelah penyanyi itu membuat kenyataan memberitahu tentang penyakit kanser yang sedang dihadapinya selama ini.
Menurut Elyana, beliau yang menghidapi penyakit kanser limfoma sejak tujuh tahun yang dan penyakitnya itu sedang berada pada tahap terakhir, iaitu tahap 4.
Dua hari yang lepas, Elyana telah memuatnaik sebuah foto set kelengkapan pengurusan jenazah di laman Instagramnya. Foto itu menjadi bualan hangat netizen yang ratanya tertanya-tanya mengenai maksud foto itu. Memang tidak sangka, rupanya Elyana menghidapi kanser tahap 4.
Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.
Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.
Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain.
Elyana berkongsi, dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.
Malah, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.
“Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari.”
Dia turut memberitahu, kehilangannya dalam radar dunia seni kerana menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah.
“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.
“Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini.”
Sumber: ohbulan.com, bharian.com
(Baca: "She Seems Not To Be fighting For Her Akhirat" - Elyana Dikecam Kerana Tidak 'Berjuang' Untuk Akhiratnya)
(Baca: "She Seems Not To Be fighting For Her Akhirat" - Elyana Dikecam Kerana Tidak 'Berjuang' Untuk Akhiratnya)
No comments: