"Biar Kau Tayang Lurah, Asal Kau Bukan Murah" - Uqasha Senrose Kena Hentam Teruk Netizen
Terdahulu, Janna Nick pernah dihentam hebat netizen antarabangsa apabila meninggalkan komen berbaur ‘body-shaming’ di Instagram aktres Hollywood, Ruby Rose. Janna malah sudah meminta maaf secara terbuka dan mengakui dia tidak tahu rupanya tidak sopan mengkritik badan orang kerana ianya dianggap penghinaan.
Namun, dalam kehangatan malam Anugerah Skrin semalam, terselit insiden yang lebih kurang sama, namun majoriti netizen masih tidak menganggap ‘body-shaming’ adalah sesuatu yang serius. Ruangan komen pelakon Uqasha Senrose bertalu-talu ‘dicemari’ dengan komen tidak enak didengar dan boleh diklasifikasi ‘fat-shaming’.
Dikritik tanpa ada perasaan
Bentuk badan Uqasha yang kelihatan agak berisi atau mungkin faktor dress dipakainya seolah-olah memberi lesen kepada netizen meninggalkan komen sebegitu. Boleh dikatakan majoriti komen tidak hanya dibuat golongan lelaki, malahan wanita sendiri.
Dan lagi…
Macam mak orang, badan pun badak air
Komen-komen kasar tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengikutnya yang lain yang menganggap perlakuan berkenaan tidak sepatutnya berlaku lalu meninggalkan komen yang membela Uqasha dari berterusan diserang sedemikian.
Patut malu dengan ‘body-shaming’
Kalau adik perempuan atau mak kena macam ni apa rasanya?
Biar kau tayang lurah, asal kau bukan murah
Walaupun mendapat ribuan komen bernada sebegini, Uqasha masih tenang dan tidak melatah menjawab komen berkenaan atau menutup fungsi komen, seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti.
Uqasha juga mendapat kata-kata semangat daripada teman artis lain yang mengingatkannya dia cantik seadanya dan tidak perlu menghiraukan cakap-cakap netizen yang berbentuk penghinaan berkenaan, antaranya Ramona Zamzam dan Catriona Bahrin Ross.
Lagi gambar-gambar Uqasha Senrose di Anugerah Skrin 2017
Sumber: Uqasha Senrose
No comments: