3 Gadis Ini Tidak Boleh Pulang Ke Negara Asal Mereka Gara-Gara Pembedahan Plastik
3 orang wanita berbangsa Cina telah terkandas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan kerana alasan yang agak pelik.
Mereka telah memilih untuk bercuti di Korea Selatan semata-mata mahu melakukan pembedahan plastik. Mereka bertiga juga mengalami keadaan bengkak yang agak teruk.
Seperti yang dilaporkan wartawan China, Jian Huahua yang memuatnaik gambar mereka di sosial media. Gambar tersebut menunjukkan 3 orang wanita yang sedang duduk di lapangan terbang Korea Selatan sambil ketiga-tiga mereka memegang pasport dengan keadaan muka mereka yang masih bengkak dan berbalut.
Menurut Jian, disebabkan merek bertiga kelihatan sangat berbeza berbanding dengan gambar pasport mereka, mereka kemudiannya telah dilarang untuk menaiki kapal terbang. Selain itu, ketiga-tiga mereka ini ditahan dan disoal oleh pihak berkuasa di sana.
Walau bagaimanapun, identiti ketiga-tiga wanita yang ditahan di lapangan terbang Korea Selatan itu tidak didedahkan kepada umum.
Selepas insiden ini, terdapat sekumpulan wanita lain turut melalui pengalaman yang serupa di mana mereka juga ditahan di lapangan terbang yang sama. Gambar mereka yang bengkak dimuatnaik di Wechat.
Ternyata Korea Selatan bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan pembedahan plastik di kalangan wanita berbangsa Cina.
No comments: