Header Ads

Yusuf Azmi ditahan polis dan dihadapkan ke Mahkamah akibat bela pengguna teraniaya

Yusuf Azmi ditahan polis dan dihadapkan ke Mahkamah akibat bela pengguna teraniaya

BANGI, 4 Safar 1439H, Selasa – Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi mengesahkan beliau akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menceroboh, membabitkan isu menyerbu sebuah syarikat kereta sewa AGR Auto Trade (AGR) di Kajang, beberapa bulan lalu.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi rakaman video malam tadi, beliau berkata, pihak polis telah mengarahkannya untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pagi ini bersama orang kanannya ‘Abang Ali’ untuk ditahan dan direman bagi membantu siasatan.

Maklumat yang disiarkan dalam laman Facebook beliau malam tadi kin i telah dikongsi oleh lebih 8,796 pengguna.

Katanya, seorang pegawai polis memberitahu bahawa beliau sepatutnya ditangkap Jumaat lalu, tetapi dibatalkan.

“Saya diarah serah diri esok.. akan dituduh mengikut Seksyen 427 dan 447 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, Yusuf bersama aktivis pengguna dan pemilik kenderaan menyerbu syarikat itu untuk mengambil semula kereta yang diserahkan kepada AGR untuk dijadikan kereta sewa.

Bela pengguna teraniaya, Yusuf Azmi ditangkap polis dan dihadapkan ke Mahkamah

Pemilik kenderaan mendakwa mereka hanya mendapat bayaran pada bulan pertama sahaja, dan melaporkan kepada PPIM berhubung penipuan itu.

Kedua-dua pihak kemudian mencapai persetujuan dengan AGR menyerahkan lima kenderaan dan 53 kunci kereta kepada PPIM selepas aktivis pengguna dan pemilik berkumpul sekali lagi di hadapan pejabat syarikat itu di Kajang.

Mengulas lanjut isu itu, Yusuf berkata, apa yang perlu difahami ialah pemilik tanah tidak pernah membuat laporan polis terhadapnya kerana menceroboh.

“Yang boleh buat laporan terhadap saya ialah pemilik tanah… pemilik tanah bukan ada syarikat AGR dan syarikat AGR tidak kena mengena dengan pemilik tanah. Dalam isu AGR ini ada 10 pemilik tanah dan pemilik tanah membuat laporan polis terhadap AGR, bukan saya.

“Sekarang ini pemilik tanah sewakan kepada satu syarikat iaitu syarikat Wong, dan syarikat ini tidak membuat laporan terhadap saya. Dia memberi sewa kepada AGR. Kalau ikut perjanjian itu sudah terbatal, tidak sah. Saya tanya polis macam mana nak tuduh saya.

“Dia (polis) kata sebab AGR buat laporan kata saya menceroboh. Yang boleh buat laporan hanya pemilik tanah dan penyewa. AGR tidak ada kena mengena. Tiada perjanjian antara pemilik tanah dan AGR,” katanya.

Bagaimanapun, Yusuf berkata, beliau tidak takut untuk dipenjara dan akan tetap meneruskan perjuangannya.

Sementara itu, maklumat mengenai Yusuf dan Abang Ali akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah pagi ini, mula tular sejak malam tadi.

Berikut merupakan kenyataan rasmi PPIM di laman Facebook rasmi mereka:

Kami baru menerima maklumat bahawa Yusuf Azmi & Abang Ali dipanggil untuk serah diri di IPD Kajang & kemudian ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk ditahan dan didakwa esok berkenaan dengan kes kereta pajak AGR Trade esok pagi jam8pagi..

MAKLUMAT PENTING DARI PPIM

23 Okt - Kami baru sahaja menerima maklumat bahawa esok Yusuf Azmi & Abang Ali perlu serah diri di IPD Kajang & kemudian ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk didakwa berkenaan dengan kes kereta pajak AGR Trade.

Kami difahamkan Yusuf Azmi & Abang Ali akan didakwa tanpa gagal atau mungkin direman sehingga 1 minggu. Kami dihujani pelbagai soalan - Apakah motif tindakan ini? Adakah untuk melemahkan semangat memperjuangkan hak masyarakat? Mengapa tiada dakwaan keatas Dato’ Kabi walaupun ratusan laporan polis dibuat mangsa? Mengapa tindakan diambil keatas pembela dan bukannya keatas penjenayah?

Kami memohon sokongan dan doa dari semua agar segala urusan dipermudahkan. Kepada yang ingin memberi sokongan, sila berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang jam 7.30 pagi esok. Sila rujuk FB PPIM dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan terkini.

07.30 AM

Berkumpul Di Hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang

IPD Kajang, (Jalan Cheras, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

08.55 AM

Bergerak Ke Kompleks Mahkamah Kajang

Kompleks Mahkamah Kajang (Jalan Cempaka Kuning, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

09.00 AM

Berkumpul Di Hadapan Kompleks Mahkamah Kajang


Waze / Google Maps: IPD Kajang

Ikuti kenyataan Yusuf Azmi dalam video di bawah:


(Baca: "Hentikan Fitnah!" - Sebenarnya Dato’ Boy Iman Tidak Bersalah?)

No comments:

Powered by Blogger.