Wanita Bengang Kereta Kena 'Clamp' Tapi Kereta VIP Tidak Disentuh Langsung
SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hati berikutan layanan “double standard” dilakukan oleh penguatkuasa DBKL terhadap rakyat biasa sepertinya berbanding sebuah lagi kenderaan milik VIP.
Wanita itu mengirim gambar kereta miliknya yang telah diapit (clamped) tayar hadapan oleh penguatkuasa akibat diletak di tempat yang tidak sepatutnya (illegal parking).
Beliau terima dengan rela hati hukuman dikenakan terhadapnya, namun terdapat sebuah lagi kereta diletak di depan kenderaannya lebih awal, langsung tidak disentuh.
“Kereta saya kena apit sebab salah parkir. Tak apa. Tapi kereta VIP berada di situ sebelum saya, juga diparkir secara salah, tidak disentuh?” Soal wanita itu menerusi laman Twitter.
Perkongsiannya itu menjadi viral dan menerima lebih 15,000 retweet semasa artikel ini ditulis.
Kereta yang dimaksudkan memakai logo (badge) VIP Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM Bukit Aman) — Ahli kehormat VIP.
Perkara itu turut mendapat perhatian bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Menurut Tan Sri Musa Hassan, logo tersebut bukanlah logo PDRM, sebaliknya logo Persatuan Pegawai Bersara Polis dan ia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang telah menderma kepada persatuan tersebut.
Katanya lagi, beliau bukanlah ahli persatuan tersebut, dan logo berkenaan bukan untuk digunakan bagi melepaskan diri dari kesalahan trafik.
Walau apa pun penjelasan oleh bekas KPN itu, selepas hampir dua jam, kereta “that so called VIP” telah dipandu pergi tanpa dikenakan sebarang tindakan walaupun diletak secara haram (illegal parking).
Malah kereta-kereta lain di sekitar kawasan tersebut juga turut menerima hukuman, sebaliknya kereta milik VIP itu tetap tidak disentuh.
Apa lagi perkataan yang sesuai bagi menjelaskan tindakan terpilih penguatkuasa DBKL ini selain “double standard”
Sumber: Milosuam.net
No comments: