Header Ads

"Sebenarnya Dia Bukan ‘Taste’ Saya" - Joy Revfa Dedah Perasaan Yang Terbuku Selama Ini

"Sebenarnya Dia Bukan ‘Taste’ Saya" - Joy Revfa Dedah Perasaan Yang Terbuku Selama Ini

Baru baru ini viral apabila status Joy Revfa yang mendakwa pernah ‘bersama’ Hafiz menjadi bualan hangat. Status itu mendapat pelbagai respon netizen termasuk pihak Hafiz Hamidun sendiri. Hafiz menerusi laman twitternya, menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak Joy Revfa.

Terbaru, pihak Joy Revfa telah membuat sidang media bersama wartawan untuk menjelaskan perkara ini. Dia juga turut hadir bersama kakak dan ibunya untuk menjawab persoalan orang ramai tentang status perkahwinan beliau.

Joy Revfa Dedah Hafiz Hamidun Sebenarnya Bukan ‘Taste’nya

Dia sebenarnya bukan ‘taste’ saya


Dia nak bawa saya gi mekah, gi umrah. Di bagi janji yang sangat indah dan manis. Kalau kahwin nanti, akan tambah rezeki. Cepat dapat anak. Lebih lagi ibu suka dia, sebenarnya dia bukan taste saya.

Memetik laporan Harian Metro, apabila ditanya pihak wartawan isu perkahwinan mereka yang dipercepatkan, Joy mengatakan bahawa ibunya sudah berkenan dengan Hafiz Hamidun. Dia bersetuju kerana mendengar kata-kata ibunya yang menganggap Hafiz Hamidun seorang yang beriman dan beragama.

Tidak sesuai dan layak menjadi suami

Joy Revfa Dedah Hafiz Hamidun Sebenarnya Bukan ‘Taste’nya

Dia tidak sesuai dan tidak layak menjadi suami saya kerana tidak dapat memberi nafkah batin.

Bila ditanya mengenai hubungan suami isteri, Joy akui dia hanya membidas kenyataan Hafiz Hamidun yang mengatakan dia tidak pernah menyentuh dirinya. Dia tidak terfikir mahu membuka aib rumah tangga namun hanya pertahankan maruahnya sebagai seorang isteri.

Joy Revfa juga menganggap Hafiz Hamidun tidak layak untuk bergelar suami dan bapa kepada anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah batin seperti lelaki lain.

Dalam masa yang sama, hari ini Hafiz Hamidun terlebih awal memfailkan permohonan cerainya terhadap Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi.

No comments:

Powered by Blogger.