"Sebenarnya apa tujuan korang-korang ni semua nak berkahwin eh??"
Aku tengok banyak yang sebut hal-hal mengenai perkahwinan la, kahwin cepat la, kahwin lambat la, bab-bab belanja perkahwinan dan majlis perkahwinan pun ado.. aku nak tanya je..
Sebenarnya apa tujuan korang-korang ni semua nak berkahwin eh??
1) Ada yang couple lama, 5,6,7 tahun.. dari keluar berdua-duaan gitu baik nikah ye tak?? Boleh “dating halal”. Boleh pegang-pegang..Boleh manja-manja sebab status dah bertukar.. Dulu haram, sekarang dah halal, ye dak??
2) Ada yang sebab tengok orang lain dah kahwin.. eh.. macam sweet je kahwin ni.. seronok.. dicintai.. disayangi.. romantik je tengok orang yang dah kahwin tu update status sweet-sweet je.. senyum je 24, 34 jam.. eh, teringinnya.. bila turn aku pulak ni..
3) Ada yang eh, tak nak lah couple-couple ni.. baik bercinta lepas nikah terus. Bebas. Cinta halal. Tapi sebelum dapat bernikah tu terfikir point nombor 1 & 2 tu.,. boleh manja2 & teringin sebab orang lain dah kahwin. Yang ni aku tak mention semua ye.. sebilangan nya akan terfikir camtu.. maksud aku yang bajet under “couple islamik”
Maaf aku cakap. Kalau ini la yang korang semua fikirkan, makna nya korang dah “lari” , dah “tersasar” daripada konsep perkahwinan yang sebenarnya. Betul, tak dinafikan kahwin memang seronok. Memang sweet terutamanya pada usia 2,3 bulan perkahwinan. Masa ni, partner tak dak depan mata pun rasa rindu sangat2 dah. Tak nak berenggang. Nak melekat macam gam 24 jam. I lap you, you lap me.
Sekarang balik kepada tujuan perkahwinan yang sebenar. Niat tu kena betul. Kalau setakat korang berniat macam point 1,2,3 .. check balik hati tu. Betulkan niat. Kita nak kahwin ni, biar kerana Allah. Kerana sunnah rasullah berkahwin. Kerana ingin menambahkan umat Muhammad dalam muka bumi ni. Kenapa aku cakap betulkan niat, sebab setiap perbuatan itu memang dimulai dengan niat kan?? Paling penting betulkan niat sebab kita nak kan keberkatan dalam perkahwinan ni. Niat kita tu memberi kesan kepada perkahwinan kita sebenarnya.
Kalau takat korang pikir ok kahwin dulu, anak kemudian. Honeymoon dulu. Tu pun korang dah lari dari tujuan asal perkahwinan dalam islam sebenarnya. Nampak benor niat korang kahwin tu nak seronok-seronok je. Pastu bila disahkan pregnant, jem dulu kepala otak.. serabut.. “aduh.. kenapa la awal benor mengandung ni… tak puas lagi nak bermesra-mesra.. kewangan pun tak stabil lagi.. nak tambah lagi pulak… serabutla!” See? Rujuk niat asal.
Kalau kahwin pulak , ditakdirkan untuk tidak mendapat zuriat.. orang lain pulak mengata.. keinginan nak anak makin membuak-membuak sebab orang lain yang kahwin lewat dari kita dah pregnant , anak dah besar2 kita belum dapat lagi.. cuba rujuk balik niat asal masa kita kahwin dulu.. ada tak niat nak seronok2 tu??
Kalau niat kahwin ok, nak terus dapat anak.. nak terus lekat sebab faktor umur, sebab suka budak-budak..maybe juga ada sikit sebab nak menunjuk yang aku ni subur.. Tapi.. pap! Ditakdirkan tak dapat-dapat jugak lagi.. Cek balik niat. Kahwin kerana anak ke, kahwin kerana Allah yang utama?? Siapa yang rezeki kan anak??
Kalau kau bercinta bertahun-tahun.. pastu kahwin.. tak pun kau kahwin sebab kahwin ni kau dengar sweet.. ok. Bulan pertama, kedua, ketiga kau bahagia yang amat. Ok. Tapi.. bila kau nampak perangai sebenar pasangan kau.. aku tak bagi contoh besar, aku bagi contoh kecikkk je.. kau kena hadap kentut pasangan kau hari2.. sanggup? Ai kata sweet sampai jannah kan.. takkan tak tahan kot kentut partner kau.. orang laki ni belum dapat je cover2 kentut tu.. bila dah dapat sekali bom atom dia bagi kau. Belum kira part berak tak reti flush.. spender bergulung bentuk 8, stokin busuk letak merata.. orang perempuan sebelum dapat cover makan ayu-ayu.. konon2 diet.. sekali dah kawen selera makan macam gajah, gelojoh pulak tu, tido air liur basi meleleh, pemalas nak mandi, semua terbongkar wei kalau dah duduk serumah bertahun- tahun.. hari2 mengadap dia kan.. aku tak masuk la part pemalas, pengotor, kaki pukul, kaki judi, kaki carut dan kaki segala kaki tu.. pastu?? Menyesal aku kahwin.. kalau tau dia macam ni.. Cuba cek balik niat asal kau kahwin tu… nak seronok kan kahwin..
Part niat setle. Kita pindah part komitmen. Yes. Perkahwinan = komitmen. Kalau rasa-rasa tak sanggup nak bagi komitmen sila membujang.
Sila tengok korang ni betul-betul bersedia atau tak nak berkahwin bila:
1) Bangun tido pukul 9,10,11,12. Jangan siapa-siapa pun kacau aku tido kalau tak aku mengamuk. Tak sanggup berjaga malam menyusukan anak, tukar pampers anak, layan kerenah anak main/mengamuk sedangkan esok pagi-pagi korang kena bangun awal pergi kerja/kelas. Maaf. Anak korang terutamanya bayi tak pernah kenal erti siang/malam. “Janji korang kena layan aku,” kata bayi-bayi tersebut. Ini tertakluk kepada kaum ibu dan bapa dan bukan hanya tugas seorang ibu sahaja.
2) Malas masak. Tak pandai masak takpe, jangan malas masak. Pokai weh hari-hari makan luar .. nak ada bibik kau kahwin dengan rakyat marhaen je pun..
3) Tak reti kemas rumah/ buat kerja-kerja rumah. Pinggan/cawan sebijik pun tak reti nak basuh, semua mengharapkan orang. Basuh baju sendiri pun pemalas. Sanggup pakai baju recycle. Tempat tido tak reti nak kemas. Rumah tak bersapu. Kain baju kotor bersepah. Balik rumah mengadap hp, tido. Tak peduli rumah macam tongkang pecah. Ini contoh-contoh bakal ibu bapa yang akan menghantar anak-anak dia ke taska/pengasuh dalam keadaan pampers bocor/ taik kering la ni. Alasan tak sempat.
4) Nak enjoy. Nak bebas. Nak keluar malam. it’s ok kalau kau takde apa-apa komitmen lagi. Tapi once bila dah komitmen kau memang kena slow-slow kurangkan/ tinggalkan terus aktiviti malam kau terutamanya bila dah ada anak. Contoh kecil, tak kan hari-hari kau lepak mamak balik pukul 2-3 pagi. Kesian kat partner kau. Sesekali takpe la. Bila dah kahwin, aktiviti masa bujang tu bawak-bawakla kurangkan. Diorang yang bujang tu lain la, takde komitmen. Yang perempuan terutamanya bila dah kahwin dunia dia untuk suami dengan anak-anak je lah. Masa nak bersosial dengan kawan-kawan sebelum kahwin dulu memang dah limit, dah takde nak hang out together-gether. Sorry to say, perempuan bila dah kahwin selalunya memang friendship separuh jalan. Dapat whatapps member pun kira ok dah. Hang out bersama memang kurun ke berapa pun tak tau la… sobs..
Bab lain. Keberkatan dalam perkahwinan. Bila perkahwinan tu ada keberkatan dia, baru la bahagia beb. Tanda-tanda keberkatan dalam perkahwinan tu bilamana:
1) bila hati sempit terasa lapang
2) bila tengok pasangan rasa tenang. Sejuk mata.
3) balik rumah hati pun tenang even rumah tu sempit
4) sentiasa rasa cukup walaupun gaji sikit. Nampak tak cukup tapi ada je rezeki..
5) hati masih berlapang dada walau dihimpit masalah.. masalah besar terasa kecil
6) rasa bahagia dengan pasangan & anak2
Aku share kan sikit cara-cara macammana nak dapatkan keberkatan dalam perkahwinan tu sendiri.
Sebenarnya benda-benda ni bermula dari majlis perkahwinan korang tu sendiri sebenarnya.
1) Betulkan niat. Kahwin kerana Allah, kerana sunnah Rasullullah.
2) Jangan tinggal solat time majlis! Kau tu raja sehari je..bukan Raja Seluruh Alam! Siapa Raja Seluruh Alam kau??
3) Tinggalkan benda-benda lagha. Nyanyi-nyanyi, karok-karok, menari joget lambak semua.. Kita nak tarik rahmat Allah..
4) Doa dari para tetamu. Pengantin ni lebih perlukan doa dari kamu tetamu yang hadir sebenarnya. Aku bersyukur pasal time aku kahwin dulu lagu Maher Zain Barakallahulakuma tu memang tengah hit. Jadi tetamu yang bersalam dengan pengantin semua pakat doa ikut bait-bait lagu tu.. Terima kasih ye korang.. =)
5) Pengantin jangan sombong. Salam. Jumpa semua orang. Bukan asyik posing kat pelamin je. Senyum. Mintak tetamu doakan untuk korang. Kita tak tahu tetamu mana yang bawak berkat kat kita. Yang doa dia Allah makbulkan.
6) Kalau boleh tak payahla bersanding, tepung tawar bagai. Bukannya ada dalam agama kita pun.. Adat hindu kan tak silap aku? Korang nak tayang apa sebenarnya?? Time aku ada jugak buat majlis di dewan, tapi aku request gantikan pelamin tu dengan meja makan pengantin je.. Ambik kau.. ramai-ramai makan kat pentas, takde la segan sangat kan.. hihi.. Pelamin ada jugak, tapi kat rumah, tapi just untuk ambik gambar je. Buat kenangan.
7) Jaga hukum hakam, jaga aurat. Bab yang ni, korang sendiri pun tau kan cara sepatutnya pemakaian seorang wanita dalam islam. Ingat lagi sekali. Kita nak tarik rahmat Allah. Doa malaikat. Bab salam tu, jangan le main belasah je salam semua. Abang ipar, kakak ipar, sepupu sepapat, pak cik mak cik yang bukan mahram, pandai-pandai la korang nak elak. Tu belum kira part mekap dengan jurugambar lagi. Walaupun nyah, dia tetap lelaki. Jangan pulak korang suruh jurugambar lelaki ambik gambar korang tengah bersiap tak pakai tudung… Aurat tetap aurat.
8) Inai, rantai, barang kemas bagi lelaki. Kalau boleh, janganla pakai inai kat jari bagi lelaki. Sebab inai di jari ni untuk perempuan. Harus bagi lelaki bagi tujuan perubatan je. Rasanya ustaz azhar idrus ada kot sebut pasal hukum pakai inai ni. Tak silap aku la.. Barang kemas sah-sah hukum dia haram kan..
Kahwin ni tak perlu nak gah. Nak grand sangat. Buat apa kahwin tapi tanggung hutang seumur hidup. Lantak le orang yang mengata tu.. sampai kurun ke berapa dia nak menyebut pasal majlis korang tu.. lama-lama diam la diorang. Pasal hantaran tinggi, dah jadi trend kan sekarang? Aku anak sulung. Perempuan sorang dalam family. Ada pelajaran. Tau apa ayah aku buat? Dia cakap kat suami aku, berapa yang suami aku mampu bagi? Suami aku cakap RM5000. Ok, fine. Masa hari bertunang, of course sedara-mara ramai hadir. Ayah aku cakap kat sedara mara, hantaran aku RM10k. Baki bank in lain sebab nak tutup mulut orang. Dalam surat nikah tulis hantaran aku RM10k.Time kenduri cakap je kat sedara mara aku yang lain kata suami aku dah bayar baki. Sampai sekarang sedara mara aku tak tau pun hantaran aku RM5k je. Diam-diam sudah..
Aku kahwin umur 23. Umur aku sebaya dengan suami aku. Birthday kami sama. Negeri pun sama. Sweet tak kitaorang?? Haha poyo jap. Nasihat aku, tak salah nak kahwin awal. Tapi pemikiran korang kena matang. Kena sedar dunia perkahwinan ni tanggungjawab. Bukan takat seronok je.. Alhamdullillah aku dan suami jarang sangat bergaduh. Boleh dikira setahun berapa kali gaduh. huhu..
Dari aku yang masih bertatih dalam dunia perkahwinan tahun ke 5.
Sumber : IIUMC
No comments: