"Rupa-rupanya ini taktik korang, patutlah isi RM100 tapi tangki tak pernah penuh.." (Video)
Jadi tular hari ini sebuah video seorang wanita yang telah berjaya membongkar misteri mengapa tangki minyak keretanya tidak pernah-pernah penuh meskipun membayar jumlah yang besar semasa mengisi minyak.
Insiden yang berlaku di stesen minyak Petronas Simpang Pulai Arah Selatan itu telah dirakamkan oleh pemandu wanita tersebut yang tidak berpuas hati mengenai perkara tersebut sebelum bertindak untuk melakukan ‘eksperimen’ beliau sendiri.
Menurut beliau, berdasarkan kepada jumlah yang dipaparkan pada skrin di pam tersebut, kuantiti minyak yang diisinya nampak seperti biasa, tetapi setelah diselidik dengan menuangkan minyak petrol ke dalam sebuah baldi, beliau mendapati kuantiti minyak yang dikeluarkannya tidak tally dengan jumlah yang dipaparkan pada skrin pam.
Berikutan tersebarnya video tersebut di laman-laman media sosial, pihak Petronas hari ini telah tampil memberikan penjelasan mereka.
Sehubungan dengan insiden di stesen PETRONAS yang dimuat naik dalam laman sosial media dan WhatsApp, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) ingin menjelaskan bahawa masalah teknikal yang dialami adalah berkaitan dengan kadar kelajuan aliran pam dan bukannya perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi, seperti yang didakwa.
PDB telah mengambil tindakan segera dan kerja-kerja baik pulih telah dilaksanakan. Pam kini telah beroperasi seperti biasa.
PDB ingin menegaskan bahawa semua pam di stesen kami senantiasa dikalibrasi dan gangguan teknikal ini merupakan kes terpencil yang tidak menjejaskan kuantiti isian sama sekali.
Kami berharap ini memperjelaskan perkara di atas dan kami memohon kerjasama anda untuk tidak terus mengedarkan informasi palsu ini.
Maklum balas dari anda amat dihargai. Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan bagi memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan di semua stesen kami.
Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan kami di talian hotline 1-300-88-8181 atau email mesralink@petronas.com.my.
Meskipun pihak Petronas telah pun memberikan penjelasan mereka, namun ianya masih gagal untuk mengurangkan kemarahan di kalangan pelanggan mereka yang berasa tertipu dengan insiden tersebut.
Dulu pernah kena
Pun pernah kena
Sebagai pengguna, siapa yang tidak rasa geram bila ‘terjebak’ menjadi mangsa seperti wanita di dalam video ini. Diharapkan pengusaha-pengusaha stesen minyak yang lain menjadi lebih peka dengan perkara-perkara seperti ini dan memastikan insiden yang serupa tidak akan berulang di masa hadapan.
No comments: