Header Ads

Pergi Pantai Klebang, ambil gambar boleh mandi jangan

Pergi Pantai Klebang, ambil gambar boleh mandi jangan

Selain daripada Dataran Pahlawan di Melaka Raya, Dataran 1 Malaysia di Pantai Klebang merupakan salah satu tempat yang wajib untuk dikunjungi semasa berada di Melaka.

Ada yang singgah untuk makan dan ada pula yang singgah untuk bergambar semata-mata. Namun awas, bagi mereka yang mahu mandi di pantai ini, anda mungkin perlu berfikir beberapa kali selepas menonton video ini.

Kalau datang Pantai Klebang, ambil gambar boleh tetapi mandi jangan

Di dalam video yang berdurasi 0.14 minit ini, seekor buaya telah dilihat timbul di permukaan laut di pantai tersebut.


Video yang telah dimuatnaik oleh @aiznahmad ke dalam laman Twitter beliau itu kemudiannya telah menjadi tular setelah ianya mendapat 14 ribu retweet daripada pengguna laman itu.

Kalau datang Pantai Klebang, ambil gambar boleh tetapi mandi jangan

Difahamkan, ini bukanlah pertama kali penemuan buaya di kawasan itu dilaporkan di kawasan tersebut di mana pada tahun lepas, seekor buaya lain turut ditemui di Empangan Pasang Surut Klebang di Sungai Ayer Salak, Klebang, Melaka.

Menurut penduduk tempatan,  terdapat empat ekor buaya daripada spesies tembaga dan katak di kawasan itu sejak lima tahun lalu.

(Baca: "2 Jam Kami Disorok Bunian" - Wanita Kongsi Detik Seram Di Pantai Klebang Ketika Wedding Photoshot)

No comments:

Powered by Blogger.