Pak Arab pening kepala tengok cara orang Melayu berniaga
Isu golongan penunggang agama ini bukan merupakan perkara yang baru. Sebaliknya isu ini sudah wujud sejak dari dulu lagi sebelum era kemajuan dunia media sosial.
Namun sekarang ini, golongan penunggang agama ini dilhat telah menjadi seorang yang profit oriented dengan menyasarkan golongan-golongan yang dungu di dalam masyarakat kita untuk membeli produk mereka dengan hanya memperdagangkan agama.
Selain daripada menggunakan sains dan testimoni palsu, golongan-golongan ini tidak teragak-agak untuk menyelitkan agama dan mungkin sepatah dua hadis palsu dengan bertujuan untuk melariskan produk-produk mereka seperti yang disenaraikan di bawah:
1. Valet doa
Minggu lalu sahaja, Malaysia telah dikejutkan dengan sejenis perniagaan yang dikenali sebagai ‘Valet Doa’ yang telah dikecam teruk oleh netizen sehingga perkara ini mendapat liputan daripada pihak akhbar.
Valet Doa merupakan satu servis untuk mendoakan hajat-hajat seseorang secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini direka khas bagi sesiapa yang mempunyai hajat yang urgent, tetapi tidak dapat untuk ke Mekah dalam masa terdekat.
Valet Doa diasaskan oleh Nasrin Harin, 40, atau lebih dikenali dengan nama Haji Arin yang mana servis ini telah ditubuhkan pada 31 Januari 2017 yang lalu.
Pakej bermula dari RM250 sehingga RM5,000 bergantung kepada lokasi doa dibuat dan jumlah doa yang dipohon. Semakin banyak doa, semakin tinggi caj yang dikenakan.
2. Kelas membaca Al-Quran di udara
Kelas yang menawarkan pakej mengaji Al-Quran dan meletakkan yuran kos sebanyak RM33,400 ini telah menjadi bualan orang ramai sejak minggu lalu. Kelas ini bakal dikendalikan oleh Johan Qariah tilawah Al Quran terkenal iaitu Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman. Kelas ini dianjurkan oleh syarikat pengurusan jet peribadi iaitu Elite Jets Sdn Bhd yang terletak di Shah Alam.
3. Milo cham air zam-zam
Air zam-zam memang diketahui mempunyai banyak khasiatnya. Air yang berasal dari sebuah telaga yang terletak di Masjidil Haram ini telah wujud sejak zaman Nabi Ismail AS lagi memang telah banyak berjasa kepada orang-orang dahulu. dan isebabkan air ini hanya boleh diperolehi di tanah suci Mekah, jadi untuk menarik pembeli, satu gerai yang menjual air milo telah menjual air minuman tersebut yang dicampurkan bersama air zam-zam. Gambar ini telah tersebar luas di laman sosial sejak tahun lepas lagi.
4. Baju Melayu sunnah
Dengan berbekalkan tagline jualan “Tukang jahit pernah bermimpi berjumpa nabi”, penjual baju Melayu ini dilihat betul-betul terdesak untuk melariskan jualannya. Tapi apa yang kami musykil adalah kenapa setakat bermimpi berjumpa Rasulullah SAW, baju ini boleh diangkat martabatnya sebagai sunnah sekiranya kita memakainya? Pelikkan?
5. Telur halal
“Kami menjamin setiap penjantan hanya boleh membuahi 4 indukan sesuai syari’ah.” Pelik kami bagaiman telur ini boleh dikelaskan sebagai halal, sedangkan bukankah telur-telur ayam yang dijual di pasaran selama ini memang halal?
6. Ayam terapi Al-Quran
Bukan setakat telur ayam yang menjadi mangsa golongan-golongan penunggang agama ini, ayam-ayam mentah juga turut dihiaskan dengan sandirawa menggunakan Al-Quran bagi tujuan untuk melariskan jualan.
Menurut sumber, selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, peniaga akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika itu, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat Al-Quran dan Ruqyah.
7. Air terapi Al-Quran
Setelah giliran ayam diterapikan, kini tiba giliran air minuman pula untuk menjalani proses penyulingan dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
Cuma kami tertanya-tanya bagaimana air ni dibuat?
Di azan kan setiap botol?
Di azan kan dalam tangki air?
Di azan kan dalam kolah air?
Di azan kan dalam kolam?
Di azan kan di sungai?
Kalau begitu, bagaimana pula dengan air kolam masjid yang hari-hari terima gelombang azan? Itu belum lagi dengan gelombang surah Al-fatihah yang imam bacakan setiap kali solat. Mesti lebih mahal kan?
No comments: