Header Ads

Pacific Mall Johor Bahru Terpaksa Ditutup Gara-Gara Gangguan Mistik Berterusan

Pacific Mall Johor Bahru Terpaksa Ditutup Gara-Gara Gangguan Mistik Berterusan

Actually aku orang kedah memang la tak tau sangat pasal Mall kat johor ni. Johor pun jarang pergi. Rasanya last pergi ntah tahun bila. Tu pun macam transit nak ke singapore je. Kalau tahun ni pergi singapore lagi.. Maybe singgah la johor. 

Sebab ada juga la plan nak ke singapore tu cuma tengok la kalau ada rezeki lebih lebih kan.. Maka sila tadah tangan & berdoa untuk aku supaya rezeki melimpah ruah. hehehehe

Pacific Mall ni terletak di Jalan Storey, Johor bahru. Katanya bangunan Mall ni di tutup selepas setahun beroperasi so dia bukan bangunan yang tak siap sebab kontraktor lari ke hapa kan. Lokasi dia di tengah tengah pusat bandar. Bila di tutup & terabai maka bangunan tu jadi usang & timbul la macam macam kisah seram selain di jadikan port untuk aktiviti yang kurang sihat. 

Katanya di tutup sebab bankrup tapi sebalik tabir cerita tu sebaliknya.. Tapi kalau dah jadi bangunan tinggal ni confirm banyak jerangkung buat port. Jerangkung apa.. Alah jerangkung yang feeling doktor suka suntik diri sendiri tu.. cari la sendiri siapa jerangkung tu. hahahaha

Katanya semasa mall ni masih beroperasi ada gangguan mistik di setiap tingkat dalam bangunan tu. Menurut sumber yang aku baca katanya tapak yang di bina pacific mall tu dulu ada kubur lama. tapi masa projek pembangunan nak di jalankan kubur2 tu tidak di alihkan. Sungguh kurang adab kan buat pembinaan atas kubur. 

Akibat Gangguan Mistik Berterusan, Pacific Mall Johor Bahru Terpaksa Ditutup

Umpama kau menghempap sesuatu yang berat atas mayat orang dah mati.. Tapi Awas! Betulkan kepercayaan & pemahaman anda. Bukan roh pemilik kubur tu yang jadi hantu ganggu mall tersebut.. Kalau ada pun benda ni di sebabkan gangguan jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia. Kena mention jugak walaupun benda ni banyak kali kot aku sebut dalam beberapa entri cerita seram aku. 

Bukan apa.. Masih ada orang yang percaya roh orang mati boleh jadi hantu… Kuno sangat kepercayaan tu tau! So ubah mulai sekarang.. sematkan di hati orang yang dah mati tidak boleh kembali ke dunia dalam apa cara & bentuk sekalipun. Itu yang agama kita ajar.. Jangan ikut & percaya ajaran agama lain yang percaya roh boleh merayap & melancong ke serata tempat di dunia ni lepas mati.

Di sebabkan gangguan tersebut tidak berjaya di pulihkan & menyebabkan kacau bilau berlaku dalam mall tersebut maka ia terpaksa di tutup.. Gitulah kesahnya. Aku cuba cari juga kisah2 seram yang pernah berlaku dalam Pacific Mall tapi tak jumpa pulak. 

Memang spoil sungguh la.. Nak tahu jugak gangguan macam mana berlaku dalam mall tersebut. Pontianak datang shopping ke.. penanggal muncul nak buat rambut kat salon dalam Mall tu ke atau pocong menjelma dalam toilet terlompat lompat sebab nak buka kain kafan tak boleh tapi tak tahan nak terkencing… Tapi takde pulak.

No comments:

Powered by Blogger.