Header Ads

Nak Gadai Dara Demi iPhone 8, Gadis Ini Menyesal Serta-Merta (Video)

Nak Gadai Dara Demi iPhone 8, Gadis Ini Menyesal Serta-Merta

Kesucian seseorang wanita memang tidak ternilai harganya kerana ianya tidak boleh diganti ataupun dibeli dengan menggunakan wang ringgit semata-mata.

Memandangkan betapa mahalnya nilai kesucian mereka itu, tidak hairanlah terdapat segilintir wanita yang sangggup ‘menjual’ kesucian mereka semata-mana mahu mendapatkan wang ataupun kemewahan dengan cara yang pantas.

Cubaan Gadis Gadai Dara Demi iPhone 8 Menjadi Pengajaran Yang Tidak Mungkin Pernah Dilupakan Olehnya

Seorang gadis yang berasal daripada sebuah wilayah di China ini telah menjadi hamba kapitalis apabila beliau telah mencuba untuk menjual kesuciannya semata-mata mahu memiliki sebuah iPhone 8 baru-baru ini.

Xiao Chen yang baru berusia 17 tahun ini sangat mahu untuk memiliki iPhone 8 seperti kawan-kawannya yang lain. Tidak mahu membebankan kedua-dua orang tuanya, Xiao telah membuat inisiatif bagaimana mahu mendapatkan wang dengan cara yang pantas.

Menggunakan internet, Xiao kemudiannya telah mengiklankan daranya untuk dijual di dalam sebuah forum. Daranya yang dijual pada harga RMB20,000 sangat mencukupi sekiranya beliau mahu membeli sebiji iPhone 8 dan iPhone X serentak.

Cubaan Gadis Gadai Dara Demi iPhone 8 Menjadi Pengajaran Yang Tidak Mungkin Pernah Dilupakan Olehnya
Nana Henying

Iklan Xiao itu kemudiaannya telah mendapat perhatian seorang vlogger yang berasal daripada Beijing yang kemudiannya telah mengambil keputusan untuk memberikan Xiao sebuah pengajaran yang sangat berharga.

Nana Henying kemudiannya telah menyamar sebagai seorang setiausaha kepada seorang lelaki kaya yang berminat untuk membeli dara Xiao pada harga RMB20,000. Tanpa mengesyaki apa-apa, Xiao kemudiannya telah bersetuju dengan tawaran lelaki itu untuk tidur dengannya semalaman.

Gadai Dara Demi iPhone 8

Setelah menyerahkan bayaran muka sebanyak RM500, Xiao kemudiannya tiba di hotel seperti yang telah dijanjikan dan kemudiannya terus menuju ke bilik hotel. Setibanya di bilik hotel, Xiao kemudiannya telah diberikan sebuah iPhone baru sebelum dirinya diserang oleh tiga orang lelaki, di mana dua daripada separuh bogel dan seorang lagi memegang kamera merakamkan segala aksi mereka.

Gadai Dara Demi iPhone 8

Xiao kemudiannya telah diikat sebelum ditolak ke atas katil bagi memberikan idea yang dirinya bakal dirogol secara ramai-ramai sebentar nanti. Tetapi sebelum sempat dia menjerit, Nana yang selama ini bersembunyi di dalam bilik air keluar dan meminta lelaki-lelaki itu supaya keluar.

Vlogger itu kemudiannya menjerit:

Sekarang baru kau takut? Tetapi sayang, sudah terlambat. Tidak berbaloi langsung untuk menjual apa-apa semata-mata mahu membeli sebuah telefon.

Video yang telah dimuatnaik oleh Nana ke rangkaian Youtubenya itu telah mendapat perhatian ramai netizen di China yang kebanyakkan mempertikaikan keaslian video tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan Xiao untuk menjual kesuciannya semata-mata mahu memiliki iPhone 8 sangatlah tidak wajar dan seharusnya dijadi pengajaran.

No comments:

Powered by Blogger.