Header Ads

Murid Lebih Bijak Jika Guru Miliki Rupa Paras Menawan

Murid Lebih Bijak Jika Guru Miliki Rupa Paras Menawan

Guru yang memiliki rupa paras menarik akan menghasilkan keputusan peperiksaan lebih baik, demikian menurut satu kajian baharu seperti laporan akhbar The Mirror kelmarin.

Pasukan penyelidik Universiti Nevada di Amerika Syarikat yang melakukan kajian itu berkata, keputusan peperiksaan meningkat jika guru yang mengajar memiliki rupa paras menawan.

Kajian: Murid Lebih Pandai Jika Guru Miliki Rupa Paras Menarik

Dalam kajian itu, pasukan saintis berkenaan me­minta seramai 131 pelajar kolej mendengar satu kuliah audio.

Semasa mendengar kuliah sama, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan gambar guru yang menawan dan kumpulan lain mempunyai gambar guru berwajah kurang menarik.

Murid Lebih Pandai Jika Guru Miliki Rupa Paras Menarik

Mereka kemudian mengambil satu ujian. Kumpulan pelajar yang menyangka guru mereka mempunyai rupa paras menawan mendapat keputusan lebih baik berbanding kumpulan sebaliknya.

“Kajian mendapati rupa paras (guru) memainkan peranan dalam pembelajaran yang sebelum ini terlepas daripada perhatian,” kata seorang saintis berkenaan, Profesor Murray Miller.

Para pelajar berkenaan katanya, mendapati guru yang menarik menjadikan mereka lebih bermotivasi dan mudah memahami apa yang disampaikan. – Agensi

Murid Lebih Pandai Jika Guru Miliki Rupa Paras Menarik

No comments:

Powered by Blogger.