Header Ads

Menakjubkan! Tak Basah Walaupun Berendam Dalam Kolam Ini!

Menakjubkan! Tak Basah Walaupun Berendam Dalam Kolam Ini!

Jepun adalah negara yang tidak pernah ketandusan idea-idea menarik untuk mencipta sesuatu yang baru dan menjadi pencetus trend di dunia.

Berendam Dalam Kolam Tapi Tak Basah!

Salah satu tempat yang wajib dikunjungi adalah Museum of Contemporary Art yang terletak di Kanazawa. Pastinya rekaan unik ini bakal membuat pengunjung tercengang!

Apa yang menarik di sini adalah sebuah kolam renang yang tidak mungkin akan membuatkan anda lemas atau basah. Kedengaran mustahil bukan?

Museum of Contemporary Art, Kanazawa

Museum of Contemporary Art, Kanazawa

Namun ia memang benar kerana ilham dari Leandro Erlich yang berasal dari Buenos Aries ini menjadikan kolam renang rekaan tersebut seolah-olah nampak seperti kolam renang yang sebenar.
Kolam buatan itu membolehkan pengunjung yang datang melawat untuk melihat kolam dari atas dan bawah serta dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa masalah.

Museum of Contemporary Art, Kanazawa

Museum of Contemporary Art, Kanazawa

Leandro menginginkan pengunjung muzium terutamanya yang tidak tahu berenang atau fobia dengan air supaya merasakan sendiri pengalaman berada dalam kolam renang tanpa risau tenggelam.

Illusi optik itu dicipta dengan menggunakan 10 cm air yang diisi di antara dua lapisan kaca lutsinar yang berada di atas kolam.

Dalam ruangan ini juga pengunjung dapat mendengarkan kesan bunyi seakan percikan air, dan berjalan-jalan di dalam kolam renang. Bukan itu sahaja, berswafotolah sepuasnya di dalamnya sambil berdiri atau baring mengikut keselesaan anda.

Museum of Contemporary Art, Kanazawa

Museum of Contemporary Art, Kanazawa

Wah, tengok gambar pun sudah teruja, apatah lagi jika berada betul di sana. Jom, terbang ke Jepun untuk merasai keseronokannya!

Alamat muzium: 1-2-1 Hirosaka, Kanazawa City, Ishikawa, Japan.

No comments:

Powered by Blogger.