Header Ads

Luahan Pemuda Yang Ditolong Shuib Sepahtu Dalam Kemalangan Buat Ramai Sebak

Luahan Pemuda Yang Ditolong Shuib Sepahtu Dalam Kemalangan Buat Ramai Sebak

Semalam viral beberapa keping gambar Shuib Sepahtu membantu seorang mangsa kemalangan menaiki kereta Range Rover. Selepas lama, muncul luahan di FB dari mangsa kemalangan yang buat ramai tambah respek. Allahu.

SEORANG pemuda berterima kasih kepada pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Shuib Sepahtu kerana membantu dirinya yang terlibat dalam kemalangan.

Pemuda yang dikenali dengan nama Muhammad Fauzi ini berkongsi berita tersebut di laman Facebook miliknya.

"Mulianya Hati Shuib Sepahtu" - Luahan Pemuda Yang Terlibat Kemalangan Selepas Dibantu Shuib

“Terima kasih sangat-sangat untuk Shuib Sepahtu dan dua, tiga orang yang selamatkan saya dari kemalangan walaupun orang yang langgar tu dah lari. Shuib tolong bawa pergi klinik dan sampai dekat rumah.

“Terima kasih sangat-sangat apa yang dah kamu bagi Shuib memang sangat prihatin. Peribadi awak memang terbaiklah. Semoga dimurahkan rezeki selalu Shuib sekeluarga dan bahagia dunia akhirat.

“Terima kasih Asri Aziz bawak balik motor. Allah saja dapat balas kebaikan. Tiap ujian ada hikmah. Shuib memang terbaik,” kongsi Muhammad Fauzi.

Status Muhammad Fauzi yang dimuat naik pada Jumaat lalu menjadi perhatian netizen dan telah dikongsi pengguna Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemurnian hati Shuib yang membantu pemuda itu yang sedang dilanda kesusahan.

Terdapat satu komen perbualan Muhammad Fauzi bersama netizen lain menarik perhatian:

“Memang terbaik. Peribadi dia memang baik. Saya cakap pakaian saya kotor nak naik kereta dia. Dia cakap tak apa, naik je. Dia memang suka buat baik dengan orang,” tulis Muhammad Fauzi.

Luahan Pemuda Yang Terlibat Kemalangan Selepas Dibantu Shuib

Shuib Sepahtu Tolong Mangsa Kemalangan

Shuib Sepahtu Tolong Mangsa Kemalangan

Sumber: Astro Gempak

No comments:

Powered by Blogger.