Header Ads

Lembu Ini Dibela Untuk Jadi Sado, Langsung Tidak Makan Rumput

Lembu Sado

Lazimnya, rata-rata lembu hanya mempunyai saiz dengan berat sekitar 700-900 kilogram sahaja. Namun, hasil eksperimen dan pengubahsuaian genetik pada lembu jenis Belgian Blue ini telah membuatkan ia dipenuhi dengan otot dan daging, berbeza dengan lembu biasa.

Tidak Makan Rumput, Lembu Ini Dibela Untuk Jadi Sado

Punca yang menyebabkan haiwan ini kelihatan besar adalah disebabkan pengubahsuaian pada genetiknya yang dikenali sebagai gen myostatin, iaitu gen yang bertanggungjawab menjadikannya saiznya berganda dari biasa serta berotot.

Spesies lembu istimewa ini mempunyai lebih daripada 40% jisim otot tambahan. Mereka mampu membesar dengan sangat pantas dan menghasilkan susu yang tinggi dengan protein untuk anak-anak mereka.

Lembu Ini Dibela Untuk Jadi Sado, Langsung Tidak Makan Rumput

Apa yang tidak diketahui oleh orang ramai, spesies lembu yang telah diubahsuai dari segi genetik sebenarnya mampu memberikan manfaat yang baik kepada kita.

Lembu Sado

Walaubagaimana pun, proses pengubahsuaian genetik ini akan memberi kesan yang buruk kepada lembu tersebut di mana ia mungkin memberikan masalah kesihatan seperti bengkak pada lidah, kaki menjadi kaku yang menyukarkan mereka untuk makan dan bergerak serta membawa kepada kematian.


No comments:

Powered by Blogger.