Header Ads

Kisah Kematian Sadis Paul Gray, Bassist Band Slipknot

Kisah Kematian Sadis Paul Gray, Bassist Band Slipknot

Paul Dedrick Gray (8 April 1972 - 24 Mei 2010) yang juga dikenali sebagai The Pig atau #02, adalah seorang pemuzik yang terkenal sebagai bassist dan penulis lagu dan salah seorang ahli Kumpulan Slipknot yang pernah memenangi Anugerah Grammy.

Paul Dedrick Gray dilahirkan di Los Angeles, California. Kemudian keluarganya berpindah ke Des Moines, Iowa. Dia bermain gitar tetapi beralih kepada bass selepas dia berpindah ke Iowa. Pada masa mudanya, Gray tampil dalam kumpulan seperti Blast Blast, Vexx, Body Pit, The Nots and Inveigh Catharsis.

Kisah Kematian Bassist Kumpulan Slipknot, Paul Gray

Sepanjang penglibatan Paul Gray dalam Kumpulan Slipknot, beliau memakai beberapa topeng yg pelik. Topeng² tersebut menggambarkan personaliti beliau sebagai seorang penghibur dan ahli muzik.

Pada 24 Mei 2010, The Des Moines Register melaporkan bahawa Gray telah ditemui mati di bilik No 431 di TownePlace Suites Hotel di Johnston, Iowa pada kira-kira 10:50 pagi waktu tempatan. Dalam panggilan 911 yang diperoleh TMZ, salah seorang pemilik hotel mengatakan bahawa jarum hipodermik didapati di sebelah katil Gray, serta banyak pil yang bersepahan di dalam bilik beliau. 

Kematian Paul Gray, Bassist Band Slipknot

Autopsi awal memutuskan bahawa tidak ada unsur² pembunuhan dikenalpasti. Pada 21 Jun 2010, keputusan bedah siasat dikeluarkan bahawa Gray telah meninggal dunia akibat penggunaan morfin yg terlampau.

Pengebumian Paul Gray telah diadakan pada 28 Mei 2010. Paul Gray dikebumikan di Tanah Perkuburan Highland Memorial di Des Moines, Iowa. Pada 8 November 2010, barangan yang menghiasi kubur Paul Grey ssperti patung Buddha dan patung gargoyle, telah dicuri. Ahli² kumpulan Slipknot memberi respons di halaman MySpace dan Facebook mereka memohon pencuri barangan tersebut memulangkan semula barangan yang mereka curi itu.

Kematian Paul Gray, Bassist Band Slipknot

Dua tahun selepas kematian bassist Slipknot Paul Gray, perkembangan terbaru yang berkaitan kematiannya di Des Moines, Iowa, seorang dokktor telah didakwa. Pakar Perubatan, Daniel Baldi telah dipersalahkan kerana memberi ubat penahan sakit narkotik berlebihan kepada pesakitnya, dengan satu daripada lapan mangsanya adalah Paul Gray.

Menurut Des Moines Register, Baldi secara tidak sengaja menyebabkan kematian Paul Gray dengan memberi peskripsi perbuatan narkotik yang berlebihan dan mungkin menyebabkan kematian atau kecederaan serius dengan memberi preskripsi dengan dos yang tinggi sehingga menyebabkan kematian.

Kematian Paul Gray, Bassist Band Slipknot

Dalam istilah asas, Baldi dituduh memainkan peranan dalam kematian Paul Gray. Ini adalah perkembangan yang menakjubkan dalam kes kematian pemuzik popular ini. Autopsi juga menunjukkan bahawa Grey mempunyai penyakit jantung.

Melihatkan lokasi dan reka bentuk tatu pada tangan pemain bassist baru Slipknot dalam video musik mereka 'The Devil In I' ura² mengatakan Alessandro Venturella sebagai pengganti Paul Gray. Venturella terkenal sebagai pemain gitar Band Krokodil.

Kematian Paul Gray, Bassist Band Slipknot

Kematian Paul Gray, Bassist Band Slipknot

Kematian Paul Gray, Bassist Band Slipknot

Secara personal, admin membesar meminati dan mendengar lagu² dari Kumpulan Slipknot ini. Biasalah, jiwa muda waktu tu kan. Akhir kata, Paul Gray akan tetap ingati dan tidak mudah dilupakan.

Terima kasih Paul Gray #02.

Kredit: Serombong Kapal

No comments:

Powered by Blogger.