Header Ads

Ke Mana Pelawak-Pelawak Ini Semua Menghilang?

Ke Mana Pelawak-Pelawak Ini Semua Menghilang?

Suatu ketika dahulu, pelawak-pelawak tanah air sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Malah dek kerana penerimaan tersebut, pelbagai sitkom komedi telah ditayangkan seperti Salam Pantai Timur, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Cecupak dan Senario.

Pi Mai Pi Mai Tang Tu Tinggal Kenangan

Mana Perginya Semua Pelawak-Pelawak Ini Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

Sebelum adanya rancangan Maharaja Lawak dan seumpamanya, sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu terlebih dahulu menghiburkan rakyat Malaysia sekitar tahun 80 dan 90-an. Menceritakan mengenai gelagat penduduk Flat Seri Wangi, sitkom ini membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Imuda, Wan Maimunah, Khatijah Tan Angeline Tan, Afida Es, Sabri Yunus, Accapan, Sathiya, Marlia Musa, dan Mat Over. Tidak ketinggalan, pelakon-pelakon ini yang terlebih dahulu telah menemui Sang Pencipta, Allahyarham Zami Ismail danAllahyarham Ahmad Busu.

Kini selepas lepas 12 tahun sitkom ini ditayangkan pelakon-pelakon ini masih lagi aktif dalam dunia hiburan dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat.

Mana Perginya Semua Pelawak-Pelawak Ini Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

Sinaran Pasport Kegemilangan Pencetus Pelawak Malaysia

Masih ingat Kumpulan Senario? Bukan sahaja memecah rekod sebagai Kumpulan Pelawak Paling Lama bertahan malah mereka telah membuktikan pengaruh mereka dengan mengadakan konsert jelajah suatu ketika dahulu.

Untuk anda yang tidak tahu Kumpulan Senario adalah hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1995. Pada tahun itu, Shamsul Ghau Ghau telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet menjadi naib juara.

Mana Perginya Semua Pelawak-Pelawak Ini Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk Hussain selaku ketua kumpulan Senario, serta anggota kumpulan iaitu Wahid, Ilya, Hamdan, Shamsul, Azlee dan Mazlan. Nama Senario ini diambil daripada idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan “senang riuh” dan akhirnya menjadi Senario setelah dilhamkan kembali oleh Shamsul Ghau Ghau.

Kemunculan Yasin Dan Saiful Apek

Mana Perginya Semua Pelawak-Pelawak Ini Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

Pada tahun 1998, Farouk, Shamsul, Ilya dan Hamdan telah mengambil keputusan untuk berundur. 

Namun tidak lama kemudian, Yassin dan Saiful Apek telah menggantikan tempat mereka sehingga munculnya beberapa buah lagu yang menjadi ikutan.

Walau bagaimana pun pada 2002 Yasin terpaksa menarik diri kerana terpalit kontroversi dan diikuti Saiful Apek pada 2004 yang ingin bergerak solo. Namun pada 2017, kumpulan Senario telah mengumumkan kemunculan semula mereka dimana kesemua mereka termasuk Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin dengan membentuk nama baru iaitu Senario union.

Zul Yahya Tumpukan Perniagaan

Mana Perginya Semua Pelawak-Pelawak Ini Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

Nama Zul Yahya mungkin tidak terlalu terkenal seperti pelakon lain namun menerusi drama Pepaya namanya telah melonjak naik ketika itu.

Mana Perginya Semua Pelawak-Pelawak Ini Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

Kini Zul mengambil keputusan untuk tidak lagi berlakon dan tampil dengan penampilannya yang lebih muslim. Perkembangan terbaru beliau, Zulbakal membuka sebuah restoran di Shah Alam tidak lama lagi.

Kartina Aziz Masih Popular

Mana Perginya Semua Pelawak-Pelawak Ini Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

Filem Mami Jarum mempunyai pengaruhnya tersendiri! Pelakon utama filem berkenaan, Kartina Azizternyata berjaya menguasai watak yang diberikannya.

Mana Perginya Semua Pelawak-Pelawak Ini Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

Siapa sangka, Kartina telah menerima pencalonan paling banyak bagi kategori Pelakon Komedi Wanita Paling Popular iaitu sebanyak 7 kali. Namun nasib tidak berpihak kepada beliau kerana tidak berjaya memenangi sebarang anugerah tersebut, sebaliknya disandang oleh Wan Maimunah dan Sheila Rusly sebanyak 6 kali.

No comments:

Powered by Blogger.