“Kau ingat perempuan saja-saja minta hantaran tinggi?”
Isu perkahwinan seperti wang hantaran dan belanja kahwin memang merupakan sebuah subjek yang sensitif di kalangan masyarakat Melayu. Lebih-lebih lagi sekiranya semasa keadaan ekonomi yang serba mencabar seperti sekarang ini.
Baru-baru ini, status seorang wanita yang mengatakan wang hantaran sepatutnya diletakkan sekurang-kurangnya sebanyak RM20,000 untuk perkahwinan zaman sekarang. Status wanita itu turut mengatakan bahawa wang hantaran RM20,000 itu sebenarnya tidak cukup kerana terlalu banyak perbelanjaan lain yang perlu diuruskan bagi menjayakan perkahwinan itu.
Status yang yang mendapat makian berbakul-bakul daripada pengguna internet. |
Berikutan isu ini, hari ini, seorang pengguna Facebook, Reginadia Abu Hassan telah tampil menyatakan ketidak setujuan beliau mengenai isu ini dan beliau turut berkongsi pengalaman menjayakan majlis perkahwinan dengan suaminya sekarang dalam sebuah majlis yang cukup sederhana.
Untuk majlis perkahwinan, kami yang mencetak kad jemputan sebanyak 40 keping saja. Kami menyewa sebuah rumah untuk majlis kami.
√ Tiada Bestman atau bridesmaid atau pengapit semasa kenduri perkahwinan kami.
√ Tiada emcee juga dijemput bagi memeriahkan majlis kami.
√ Tiada majlis makan beradab
√ Tiada kek kahwin
√ Tiada kompang, silat dan tarian
√ Tiada meja VIP
√ Tiada wang hantaran diminta daripada suami saya kerana ianya majlis ini adalah majlis yang diadakan oleh ibubapa saya
Secara keseluruhan, kami belanja.
√ Event space : RM1100 (For TWO nights)
√ Food : RM1000
√ Door gift : RM120
√ Bridal bed : RM800 (Discounted)
√ Invitation card : Sponsored
√ Wedding attire : Groom’s jubah for RM180 & bride’s kurung for RM120 (I know right I found it online haha)
√ Shoes : RM200 for groom & RM90 for bride
√ Make-up : RM200
√ Inai : RM150
√ Photographer : RM750 (Discounted)
TOTAL : RM4710
Manakala bagi pihak suami saya, berikut adalah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh beliau
√ Cincin perkahwinan dan duit mas kahwin sebanyak RM120
Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan adalah RM4,710. Tiada istilah nonsense seperti:
“…kau ingat perempuan saja-saja minta hantaran tinggi?”
Kurang dari 100 orang jemputan yang terdiri daripada kawan-kawan dan keluarga terdekat yang hadir ke majlis kami bagi memeriahkan hari yang paling bahagia dan bererti buat kami berdua ini.
Perkahwinan kami berjaya dilangsungkan dengan kos sebanyak RM4,710 tanpa sebarang wang hantaran.
Jadi buat wanita-wanita di luar sana, kasihankan bakal suami anda. Mahu hidup bersama, kenalah mulakan bersama. In Sha Allah, dipermudahkan. Aamiin. Sebaik-baik wanita ialah yang paling mudah (ringan) maharnya.
No comments: