Inilah Pohon Gharqod, Pohon Yang 'Setia' Kepada Yahudi Dan Disebutkan Dalam Hadis Nabi
Assalamualaikum, kali ini bukan hendak bercerita tentang konspirasi Yahudi atau apa yang berkaitan denganya. Fakta ini memang disokong oleh hujah yang kuat jadi jangan takut nak mempercayainya.
Kisahnya pun bukanlah berat mana, cuma bercerita mengenai sejenis pohon yang disebutkn Nabi Muhammad sendiri semasa hidupnya. Ketik pada gambar untuk menyambung bacaan..
Petikan sebuah hadis:
Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi," Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah! "(HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami 'As-Shaghir no. 7414)
Hadis ini diteruskan lagi dengan:
Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi." (HR Muslim dalam Shahih Jami 'As-shaghir no. 7427)
Ketika kecil tanaman Gharqod tampak seperti semak belukar, namun tanaman ini akan membesar. Tanaman Gharqod memiliki batang kukuh yang dapat dipanjat dan dedaunanya yang rimbun sehingga dapat digunakan untuk bersembunyi. Pohon ini cukup signifikan dalam kehidupan bangsa yahudi sehinggakan banyak ditanam di serata negara haram Israel.
Anne Marie Oliver dan Paul F Steinber mengatakan dalam bukunya 'The Road to Martyrs’ Square: A Journey into the World of the Suicide Bomber' bahawa israel telah menanam pohon tersebut disekeliling penempatan di tepi Barat israel dan daerah Gaza, dan mereka percaya bahawa pohon ini dapat melindungi mereka dari serangan pejuang Hamas, sebahagian lainnya mengatakan pohon Gharqod ditanam di sekeliling bangunan penting, misalnya seperti Knesset (Parlimen Israel) dan Muzeum Israel.
Pohon ini juga diabdikan di dalam logo IDF (Israel Defense Force) kerana kepercayaan mereka yang kuat mengenai pohon ini yang dapat melindungi mereka. Sehingga sekarang pun pohon ini menjadi tumbuhan rasmi untuk ditanam di serata Israel. JNF (Jewish National Fund) iaitu sebuah jabatan di bawah kementerian pertanian Israel menjangkakan sebanyak 5 juta pokok ini ditanam pada tahun 2030 dalam usaha 'menghijaukan' bumi israel.
Persoalannya adakah ini sebuah kebetulan? Atau adakah mereka percaya hadis tentang akhir zaman yang mereka sendiri tidak beriman dengan "utusan-Nya"? Soalan itu biarlah saya serahkan kepada anda yang celik hati untuk menjawab.
Kesimpulannya, adakah kita sudah bersedia menghadapi akhir zaman. Sedangkan kita masih lagi bertelagah mengenai hal yang remeh, hiburan, artis dan tak terkecuali video viral yang sama sekali tak membantu umat.
No comments: