Header Ads

Inilah 4 Anak Tiri Siti Nurhaliza Yang Buat Ramai Wanita Tertawan

Berita gembira yang dikongsikan oleh Dato' Siti Nurhaliza mengenai keadaan beliau yang kini mengandung sangat menggembirakan ramai pihak terutama peminat setianya. Siapa sangka, selepas 11 tahun mencuba dan mencuba, Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk K berjaya akhirnya.

Anda mesti teruja nak tengok anak Dato' Siti Nurhaliza nanti kan? Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan 4 orang anak-anak tiri beliau yang segak, kacak, bergaya yang membuat ramai wanita di luar sana yang tertawan!

Inilah 4 Anak Tiri Siti Nurhaliza Yang Buat Ramai Wanita Tertawan

1. Muhammad Anas Zawawi

Jom Kenali 4 Anak Tiri Siti Nurhaliza, Semuanya Kacak Dan Bergaya Habis!

Dari hasil perkahwinannya dengan Tengku Zawyah, Datuk Seri Khalid dikurniakan 4 anak lelaki yang tampan nan rupawan. Yang pertama adalah Muhammad Anas Zawawi atau lebih akrab dengan panggilan Anas yang bernikah dengan anak perempuan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, pada akhir tahun 2012 lalu.

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Sama-sama berasal dari golongan bangsawan, pernikahan resepsi Anas Zawawi dan Nasha Alyssa dibuat secara mewah dan meriah di Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC dengan dihadiri lebih 10,000 tetamu. Siti Nurhaliza malah sudah memiliki cucu dari pernikahan anak tiri pertamanya.

2. Muhammad Adib

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Tak ketinggalan, Adib Khalid anak kedua Datuk K yang juga kerap menjadi tumpuan umum. Selain parasnya yang tampan nan rupawan, pemilik nama lengkap Muhammad Adib ini juga tengah menjalin hubungan dengan pelakon wanita cantik nan seksi Izara Aishah. Selalu juga dia mempamerkan fotonya bersama kekasihnya menerusi akaun instagramnya.

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Salah satunya, foto ketika Adib dan Izara sedang menyaksikan show Megat Alfie for KREE pada bulan April lepas. Tak segan pula Adib mempamerkan foto mesra saat memegang Izara. Benar-benar pasangan yang serasi, Adib kelihatan tampan dan Izara cantik menawan.

3. Muhammad Asyraf

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Sementara itu, Muhammad Asyraf atau yang akrab dengan sapaan Asyraf Khalid kini tengah merasakan kebahagiaan yang tiada tara setelah rasmi meminang pelakon muda Indonesia. Siapa sangka, pesona Tya Arifin juga telah menyihir anak ketiga Datuk Khalid. Setelah dua tahun menjalin asmara, keduanya pun akhirnya rasmi bertunang.

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Kenali 4 Anak Tiri Siti Nurhaliza, Semuanya Kacak & Bergaya Abis!

Selama proses lamaran yang diadakan di Palembang berlangsung, Asyraf yang diakui Tya Arifin memiliki selera humor selalu menebarkan senyum kebahagiaan.

4. Muhammad Aazief

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Yang terakhir adalah Muhammad Aazief atau Aazief Khalid yang tak kalah tampan dari ketiga anaknya. Akan tetapi, Aazief memiliki tipikal wajah yang agak berbeza dari Anas, Adib, mahupun Asyraf. Ketampanan Aazief juga telah memikat hati gadis cantik yang selalu dipamerkan dalam akaun instagramnya.

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Anak Tiri Siti Nurhaliza

Tak kalah dari ketiga orang abangnya, Aazief juga sering mengumbar gambar mesranya dengan kekasih yang buat ramai orang cemburu. Dilihat dari caption yang dituliskan, nampaknya Aazief juga sudah sedia meminang kekasihnya.

“I was semi-ready,” tulis putera bongsu Datuk K tersebut.

Menariknya lagi, selain sangat akrab, hubungan Siti Nurhaliza dan keempat anak lelaki tampan Datuk juga sudah seperti sahabat dan keluarga dekat.

No comments:

Powered by Blogger.