Indonesia Tuduh Malaysia Curi Kuda Kepang Pula
Episod tuduhan mencuri oleh rakyat Indonesia terhadap Malaysia berulang apabila kali ini kuda kepang pula menjadi puncanya.
Peserta ratu cantik Miss Grand Malaysia, Sanjeda John memperagakan kuda kepang atau juga dikenali sebagai kuda lumping dalam satu sesi fotografi untuk pertandingan itu lapor ohbulan.com.
Meraikan kepelbagaian dan mendidik persamaan
Kami ambil langkah berani untuk menunjukkan budaya dan warisan negara kita yang berwarna-warni dan unik. semuanya mengenai meraikan kepelbagaian dan mendidik persamaan dimiliki kerana sejarah unik dikongsi terutamanya di rantau ini.
Menurut Jude Benjamin Lisa selaku pengarah nasional di Miss Grand Malaysia Organisation, pemilihan kostum berkenaan dibuat untuk merayakan variasi budaya dan adat tradisi yang dikongsi kedua-dua negara.
Pakaian berkenaan akan dipakai Sanjeda untuk kategori pakaian kebangsaan di mana peserta menggunakan elemen tradisi dan budaya masing-masing untuk diketengahkan kepada masyarakat luar.
Tidak sesuai mewakili Malaysia
Netizen negara jiran berpendapat pemilihan kuda kepang tidak bersesuaian kerana tarian itu berasal dari Indonesia dan tidak boleh digunakan untuk mewakili negara lain.
Sebelum ini rakyat Indonesia mengamuk dan mendakwa Malaysia mencuri warisan negara mereka seperti lagu Rasa Sayang, tarian pendet dan makanan iaitu nasi goreng, popia dan sate. Paling best, Yuna pun pernah diorang claim diorang punya tau!
Respon netizen Indonesia
No comments: