Header Ads

Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Dikenalpasti Selepas Sound "FAM Bangsat"

Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Dikenalpasti Selepas Sound "FAM Bangsat"

Pada perlawanan kelayakkan Piala Asia antara Malaysia menentang Hong Kong tempoh hari, Ultras Malaya telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada prestasi semasa skuad Malaysia selepas tewas 2-0.

Mereka tujukannya kepada FAM dengan chant ‘FAM Bangsat’ bergema di Stadium Hong Kong.

Sound "FAM Bangsat", Identiti Lelaki 'Topi Merah' Akhirnya Terbongkar

Sound "FAM Bangsat", Identiti Lelaki 'Topi Merah' Akhirnya Terbongkar

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau mendengar chant tersebut, dan reaksinya tetap steady.

“Macam semalam, Ultras Malaya mula menyanyikan lagu FAM bangsat. It’s ok, no problem!”
“Saya pun nyanyi benda tu juga dulu. Tiada masalah, tak ada ambil hati punya.”

“Semua orang mahukan kejayaan, semua orang mahukan kemenangan. Dan kita akan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Cuma buat masa ini, kita tak mampu memberikan anda keputusan yang baik.”

Namun, di sebalik sikap profesional itu TMJ berkata beliau ingin berjumpa dengan individu terbabit yang dirujuknya sebagai ‘bertopi merah’ dan dilihat mengetuai nyanyian itu.

“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”

“Ni guarantee, tak dapat duit tambang pergi Hong Kong, tu yang dia bangsatkan FAM. Cuba dapat duit tambang, tengok dia bangsatkan ke tak?”

“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain. Nasihat saya kepada diorang, teruskanlah nyanyi lagu tu, tiada masalah!”

Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Terbongkar

Hasil carian mendapati, lelaki bertopi merah yang TMJ mahu jumpa itu adalah komrad Ultras Malaya (UM07). Lelaki itu dikenali sebagai ‘Lekir’ atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Haji Ahmad. Berusia 38 tahun dan beralamat di Seremban, Negeri Sembilan.

Identiti Lelaki Topi Merah Sound FAM Bangsat

Individu inilah bertanggungjawab mengetuai setiap nyanyian ‘chant’ oleh Ultras Malaya dalam perlawanan membabitkan pasukan negara.

Identiti Lelaki Topi Merah Sound FAM Bangsat

Sebelum ini, pengasas asal UM (Ultras Malaya) yang dikenali sebagai Fredy, mengundur diri dari tampuk pengurusan UM07 untuk memberi ruang kepada Lekir.

Setiap ucapannya dipenuhi dengan laungan semangat kepada pemain dan juga penyokong setia Harimau Malaya.

Juga merupakan penyokong setia pasukan Melaka United.

Identiti Lelaki Topi Merah Sound FAM Bangsat

Pernah berjumpa dengan Tunku Ismail, yang mana ketika itu TMJ masih belum lagi memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Identiti Lelaki Topi Merah Sound FAM Bangsat

Lekir mempunyai rekod kurang baik kerana lantang menyuarakan ketidakpuasan hati penyokong terhadap FAM. Pada September 2015, dia bersama 13 lagi individu pernah diburu oleh pihak polis kerana melakukan kekecohan sewaktu perlawanan pusingan kelayakan  Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam.

Membaling suar dan bom asap ke padang mengakibatkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88 ketika pelawat sedang mendahului 2-1.

Akibatnya, Malaysia didenda oleh FIFA sebanyak RM180K dan kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi.

Sumber: infokini.my

No comments:

Powered by Blogger.