Gadis 9 Tahun Dirogol Bapa Sendiri Sehingga 'Berak Buah Kelapa'
Seorang insan yang bergelar bapa merupakan ketua keluarga yang sepatutnya bertanggungjawab memastikan keluarganya selamat. Bukan itu sahaja, peranan bapa ini juga sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.
Namun, lain pula perkongsian dari saudara ini. Bayangkan seorang bapa yang sepatutnya melindungi anaknya, tergamak merogol anaknya sendiri. Lebih malang apabila gadis yang baru berusia 9 tahun itu disahkan hamil di usia muda tanpa memahami apa yang dilaluinya.
Berak buah kelapa
Bayangkan baru berusia 9 tahun, gadis ini sudah melahirkan bayi. Lebih menyedihkan apabila gadis ini tidak memahami apa yang dilaluinya. Dia hanya tahu dia pernah mengalami ‘berak buah kelapa’. Sehingga kini dia mengalami kemurungan yang kebiasannya dialami oleh ibu dalam pantang
Dia keliru dan terluka
Dia baru tersedar dia pernah mengandung di usia 9 tahun apabila sering diajukan soalan oleh guru dan kawan kawan. Gadis itu yang kini sudah di tingkatan 1 mengaku tidak suka dengan soalan yang sering diajukan kepadanya. Walaupun gurunya bertanyakan secara baik, namun dia tetap terluka dan keliru.
Sumber: Syed Azmi
No comments: