Header Ads

Dituduh Ezlynn Rompak Rumah Sendiri, Ini Jawapan Adam Fahmi

Dituduh Ezlynn Rompak Rumah Sendiri, Ini Jawapan Adam Fahmi

Setelah didakwa Ezlynn merompak rumah dan mengakibatkan kerosakan di kediamannya itu, suami penyanyi, Adam Fahmi Shamsudin berkenaan membuka mulut mengenai dakwaan berkenaan.

Menurutnya dia sudah menghubungi polis untuk menjelaskan keadaan sebenar di mana dia hanya pulang ke rumah milik mereka bersama untuk mengambil barangan peribadinya sahaja dan tidak berniat memecah masuk rumah itu.

Salah ke pulang ke rumah sendiri?

Suami Ezlynn Tampil Jawab Isu Rompak Rumah Sendiri

Saya sudah jelaskan kepada pihak polis dan mereka memberitahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Itu rumah hak milik bersama, salahkah jika saya mahu pulang ke rumah saya sendiri?

Masih suami isteri

Suami Ezlynn Tampil Jawab Isu Rompak Rumah Sendiri

Rumah itu masih rumah saya dan dia masih isteri saya. Kes perceraian kami masih dalam perbicaraan dan sekarang dia mahu tuduh saya macam-macam? Kalau salah, saya sudah dalam penjara sekarang.

Saya tidak menyentuh barang-barangnya dan hanya mengambil barang-barang saya yang sudah diletakkan di dalam kotak olehnya.

Adam juga menafikan dia cuba menabur pasir dalam periuk nasi Ezlynn dan mengatakan penyanyi itu sendiri yang tidak mengaku dirinya sebagai pengurus.

Sumber: Utusan Online

No comments:

Powered by Blogger.