Header Ads

Dato Boy Iman Dibebaskan, Ini Respon Padu Yusuf Azmi PPIM

Dato Boy Iman Dibebaskan, Ini Respon Padu Yusuf Azmi PPIM

Yusuf azmi dari PPIM memberi respon terhadap pembebasan Datuk Boy Iman di atas tuduhan penipuan menjual rumah. Beliau nampak terkejut kerana siasatan selesai selepas 16 hari ditahan reman.

Mengikut kenyataan Yusuf Azmi, Datuk Boy Iman sedang bersenang lenang dan bercuti selepas dibebaskan walhal rakyat masih susah selepas memberikan duit untuk membeli rumah.

Sebelum ini peguam Boy Iman menegaskan supaya anak guaman beliau iaitu Datuk Boy Iman harus dibebaskan dengan segera.

Dato Boy Iman Dibebaskan, Ini Respon Padu Yusuf Azmi PPIM

MAHKAMAH Majistret Kuantan menolak permohonan reman ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman, hari ini.

Selain itu, mahkamah turut menolak perintah reman ke atas dua pengarah Juta Kelulut Global Resources.

Majistret Nordiana Abd Aziz menolak permohonan reman itu yang dikemukakan polis berhubung kes penipuan penjualan rumah.

Ia adalah penolakan reman kedua selepas Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, menolak permohonan yang sama, 15 Oktober lalu.

Peguam yang mewakili semua suspek, Faizul Mohd Nasir ketika ditemui berkata, mahkamah menolak permohonan reman itu selepas mengambil kira alasan yang dikemukannya lapor Harian Metro.

“Sebelum ini anak guam saya sudah direman di beberapa mahkamah dan keterangan serta fakta kes yang sama sudah diberikan, cuma yang berbeza hanyalah nama pengadu sahaja.

“Tempoh itu saya kira mencukupi bagi pihak polis untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Respon Padu Yusuf Azmi PPIM Bila Dato Boy Iman Dibebaskan

Faizul juga berharap kesemua anak guamnya benar-benar dibebaskan hari ini, berikutan keputusan mahkamah itu.

Dua ratus sepuluh laporan polis dibuat mangsa seluruh negara terhadap suspek.

Sebelum ini, ahli perniagaan berkenaan direman di Ampang, Shah Alam, Muar, Sungai Petani dan Kubang Pasu, dan Kangar.”

Sebanyak 6 kali Datuk Boy Iman dan rakan rakan beliau direman dan akhirnya dibebaskan.

Dari reaksi wajah Yusuf Azmi memang nampak jelas beliau tidak berpuas hati tetapi beliau memohon kepada agensi agensi berkaitan dengan kes ini supaya diteliti dengan lebih telus untuk mengelakkan yang salah dibebaskan. Beliau juga memberi respond bahawa sekarang semakin banyak penipuan seperti ini muncul.

Sila Layan Rakaman Live Feed Yusuf Azmi di bawah.


No comments:

Powered by Blogger.