Benarkah Roh Suzanna Tidak Tenang? Ini Kisah Seram Selepas Pemergiannya.
Biodata
Untuk pengetahuan korang, Suzanna ni lahir pada 14/10/1942 dan meninggal dunia pada 15/10/2008. Dia mati masa umur dia 66 tahun, dekat rumah dia kat Magelang, Jawa Tengah. Aku jadi tertarik nak ikut perkembangan Suzanna ni pasal kebetulan tadi aku layan YouTube, tiba-tiba aku ternampak satu tajuk “HOT SHOT Misteri Kematian Suzanna”.
Sebelom ni pon aku pernah dengar cerita-cerita dari sepupu aku Farra pasal Suzanna yang dah meninggal dan menjadi buah mulut dan perbualan ramai tentang penampakkan lembaga macam Sundel Bulong atau macam mirip Suzanna.
Berikut adalah sedikit tentang diri Suzanna.
Nama : Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia(Kalau orang Islam nama panjang macam ni, aku tak dapat bayangkan berapa kali Tok Kadi nak kene repeat Akad Nikah hahahhaha).
Lahir : 14/10/1942
Mati : 15/10/2008 (Rabu)
Kebumi : 16/10/2008 (Khamis)
Kubur : Disemadikan dekat Tanah Perkuburan Griloyo, Jawa Tengah.
Hayat : 66 Tahun
Agama : Kristian
Suami : Cliff Sangra (merupakan suami kedua selepas Suami Pertama meninggal dunia)
Sebab Kematian
#1 Kesan daripada penyakit kencing manis sejak 30 tahun sebelum meninggal dunia.
#2 Ada desas desus mengatakan Suzanna mati sebab di bunuh secara senyap, dia mati selepas minum susu, dah jadi 'habit' dia akan minum susu sebelum tidur.. lepas dia minum susu tiba-tiba suami dia, Cliff nampak dia tarik nafas dalam-dalam then dia terkulai, suami dia terus call dua orang doktor peribadinya untuk tengokkan keadaan Suzanna bile didapati Suzanna dah terkulai.
Konflik
Saudara Mara belah Suzanna memang tak berapa nak ngam dengan Suami Suzanna yang nombor dua ni, Cliff. Sebab masa Tahun 2005, Cliff pernah bergaduh dengan anak menantu Suzanna (Aku tak ingat nama menantu dia) tapi apa yang aku tahu, tu suami anakSuzanna yang bernama Kiki Maria, dorang bergaduh sampaikan si Cliff ni pergi tembak sampai terkena tulang rusuk Anak Menantu Suzanna.
Menurut saudara mara Suzanna, dorang dapat tahu Suzanna ni mati masa pihak media dah dapat tahu dulu,, bila didesak, konon nya Suami Suzanna ni kata, dia hanya mengikut apa yang terkandung dalam surat wasiat yang Suzanna berikan (kepala hotak dia).
Tapi, bagi pihak keluarga Suzanna especially anak perempuan dia, Kiki Maria mati-matitak percaya dan menganggap yang Cliff ni reka-reka cerita, sebab nak bolot harta Suzanna sorang-sorang. Tapi macam biasalah,, Cliff ni tetap berkeras dengan pendirian dia dan tak ambil kisah apa orang nak cakap. Akhirnya ura-ura yang mengatakan yang Cliff ni memang licik semakin terserlah apabila pada Tahun 2009, lebih kurang setahun lepas Suzanna meninggal, si Cliff ni nak kawin lain.. siap buat besar-besaran tu you all,, tak nak kalah siap pergi honeymoon keliling Eropah lagi, bukanlah aku dengki ke per,, tapi adelah rasa jeles sikit,, sebab aku kesian kat anak-anak Suzanna terbuang macam tu jer lepas Suzanna meninggal.
Menurut Peguam Suzanna, Bambang Tjatur Iswanto (tak tau lah pulak kalo loyer ni adik beradik dengan Bambang Pamungkas yang pemain bola sepak tu hahaah ), Suzanna tak nak majlis pengebumian dia tuh dibuat besar-besaran. Tapi itu, tak lah bermakna yang Si Cliff ni tak boleh jemput saudara mara Suzanna kan?
Lepas kematian Suzanna, anak Suzanna, Kiki Maria memang tak puas hati,, dan meminta polis buat bedah siasat mayat Suzanna. Aku sendiri tak pasti sama ada bedah siasat dijalankan ker tak,sebab tengok cara Suami Suzanna si Cliff tuh macam terburu-buru jer terus kebumikan Suzanna tanpa berbincang dengan Saudara Mara Suzanna. Si Cliff ni siap cakap, dia tak kisah kalau dorang nak buat bedah siasat, sebab katanya, kalau hasil laporan bedah siasat tuh nanti membuktikan yang Suzanna benar-benar mati secara semulajadi, si Cliff ni siap ugut nak saman keluarga Suzanna sebab memalukan dia... (ceh..)
Lagipon, dua orang doktor peribadi Suzanna mengesahkan yang Suzanna mati secara normal sebab tu memang implikasi dari penyakit kencing manis yang dideritainya sejak 30 tahun.
HEHEH JENG JENG JENG... NOW, AKU NAK CITER KAT KORANG TENTANG PENGALAMAN-PENGALAMAN MISTERI YANG AKU DENGAR , YANG AKU BACA DARI BLOG atau WEBSITE DAN YANG AKU TONTON DARI YOUTUBE TENTANG PERKARA YANG TERJADI SELEPAS KEMATIAN SUZANNA..
Kisah 1 : Kisah dari Suami Suzanna, Cliff
Suami dia kata, dalam masa 3 hari selepas kematian. Suzanna ada balik ke rumah, berdiri dekat depan pintu rumah pakai baju kaler coklat, sambil ucapkan Selamat Tinggal. Selain itu juga suami dia pernah nampak Suzanna tengah duduk dekat ruang tamu, duduk kat sofa sambil pegang remote tv, sambil mulut dia membebel-bebel mengkritik cerita yang di tengok kat TV. Masa tu, Suami Suzanna macam tak sedar yang Suzanna dah meninggal dia terus masuk bilik nak tidur, sampai kat dalam bilik baru dia teringat, yang Suzanna dah mati.
Selain itu, suami Suzanna pernah ternampak kelibat Suzanna tengah sikat rambut kat dalam bilik Suzanna. Untuk pengetahuan korang, Suzanna ni ada bilik khas untuk dia sorang-sorang, menurut suami dia, bilik khas Suzanna tuh, memang tak ada sape2 yang dibenarkan masuk masa dia hidup. Bilik tu digunakan untuk Suzanna bermeditasi (bertapa), kadang-kadang bukan sekadar berhari-hari, bermingu-minggu malahan berbulan-bulan pernah Suzanna tak keluar-keluar dari bilik dia.
Suami dia jugak pernah kata selepas kematian Suzanna sampai sekarang (sumber dari youtube) dia akan dengar bunyi macam orang ketuk-ketuk dinding. Bunyi tuh sebijik macam bunyi yang dibuat oleh Suzanna masa hayatnya, kalau dia nak mintak sesuatu, dia akan ketuk-ketuk dinding.
Selain penampakkan dari dalam rumah, suami dia pernah terlihat kelibat Suzanna dekat luar rumah, especially dekat satu tempat kat bawah pokok tempat yang digunakan Suzanna untuk bertapa.
Menurut cerita suami dia lagi, Suzanna ni sebenarnya ade menuntut ilmu dari seorang guru,, tak pasti ilmu apa. Walaupun dia dah tamat perguruan, tapi selalu jer Suzanna ni mendengar suara-suara ghaib yang menyuruh dia bermeditasi. Menurut Cliff, Suzanna selalu pergi ke satu tempat,, aku tak ingat apa nama tempat tuh,, aku tengok kat youtube, tajuk dia “Berkunjung Ke Kuburan Suzanna (Mr Tukul)”, Suzanna selalu pergi bertapa kat tempat ni dengan cara merendamkan badan dia dalam air yang didakwa air tersebut mempunyai khasiat tertentu, pengunjung-pengunjung selalu jer datang ke situ nak ambil air tersebut. Tempat ni boleh lah dikatakan keras.
Lagi satu, kalau korang tengok kat dalam youtube yang tajuk aku bagi kat atas ni, Cliff ade cakap dia ternampak Suzanna duduk dekat atas kubur dia waktu dia datang.
Kisah 2 : Kisah dari Pembuat Batu Nisan
Aku tak pasti bila, katanya selepas Suzanah mati, Pembuat Batu Nisan ni, (ntah sape nama dia, aku bagi nama dia Ali lah), masa tuh ada ura-ura yang mengatakan suami Suzanna nak kawin lepas Suzanna mati, dia nampak Suzanna datang kat dia sambil tersenyum (huhuhuhu aku tak tau macam manalah rupa Suzanna senyum bila dia dah mati, sebab masa dia hidup, aku tengok kat dalam filem pon dah seram kalau dia senyum wuwuwuwuwu).
Lepas kejadian tuh, Ali terus berjumpa dengan Pakar Paranormal. Menurut pakar tuh, Suzanna suruh sampaikan hasrat dekat Cliff, yang dia nak jumpa Suami dia. Dorang dah berapa kali jumpe pembantu Cliff suruh sampaikan perkara tersebut, tapi dia buat derk jer.. Sampailah satu hari Roh Suzanna merasuk seseorang kat kubur, dorang siap rakam lagi perbualan Pakar denga Orang yang kene rasuk tuh,, siap hantar lagi pita rakaman dekat Cliff,, tau tak apa Cliff jawab?? Cliff kata, tak mungkin orang yang dah mati akan kembali,, lagi satu katanya,, kalau Suzanna nk apa-apa, Suzanna selalu jer masuk dalam mimpinya.. Haish,, aku sendiri pon pening dengan Cliff ni,, bukan sebelom ni,, dia sendiri ker pernah cakap jumpa Suzanna tuh balik selepas kematian? Siap ucap Selamat Tinggal Lagi? ni siap cakap, pergi tak kembali lak , dah macam tajuk lagu Rabbani lak aku dengar statement dia, haish aku rasa dia patot tukar nama dia dari Cliff ker 'Klop' lah kowt..
Kisah 3 : Kisah Sepupu Aku, Farra.
Hah! Actually,, sumber pertama yang aku dapat cerita ni dari Sepupu aku Farra. Cerita ni pon disampaikan oleh Farah dari Ayahnya, aku panggil Ayah Farah, Paklong Din.. Mengikut Paklong Din dia dapat tahu pasal Suzanna ni dari cleaner kat ofis dia.. Kata cleaner tuh, Suzanna dah mati dan kebanyakan orang-orang kampung nampak kelibat Suzanna dalam bentuk atau jelamaan watak watak hantu yang pernah dilakonkan seperti Sundel Bolong..
Kisah 4 : Penduduk Magelang, Jawa Tengah
Kisah ni sama dengan Kisah 3 yang kat atas ni, dua minggu selepas pemergian Suzanna, kecoh konon-konon nya ternampak kelibat Suzanna dalam rupa bentuk Sundel Bolong,, ada yang pernah nampak Suzanna berjalan atas bumbung rumah, ada yang nampak Suzanna selalu lepak kat tempat kat depan rumah dia tempat bertapa dan bermacam-macam lah.
Natijahnya:
Inilah beberapa kisah yang aku coretkan kat dalam blog ni, yang tak dapat dipastikan kebenarannya. Cuma apa yang aku dapat simpulkan, janganlah menganggap cerita-cerita ni terlalu serius,, anggaplah cerita ni sebagai hiburan...
Sebagai Seorang yang memegang pada ajaran agama, tak dinafikan yang makhluk makhluk halus ini wujud, tetapi kene ingat.. setiap yang dah pergi,, tak akan kembali... Jika sesuatu yang merupa Si Mati selepas kematian, tak lain tak bukan adalah Qarin...
Disamping itu, marilah bersama-sama berdoa semoga kita mati dalam keadaan orang yang beriman, dielakkan dari mati mengejut seperti kemalangan, dibunuh, ditikam dari belakang, mati lemas, mati dalam kebakaran.. Amin....
Dengarkan lagu yang bakal meremangkan bulu roma anda semua, OST kepada filem sundel bolong yang paling popular lakonan Suzanna.
Kredit: Terlangkah Ke Alam Misteri
No comments: