Header Ads

Benarkah Puteri Gunung Ledang Adalah Orang Bunian? Ini Pendedahannya.

Benarkah Puteri Gunung Ledang Adalah Orang Bunian? Ini Pendedahannya.

SIAPA PUTERI GUNUNG LEDANG?

SEHINGGA kini ada kalangan masyarakat Melayu percaya bahawa Puteri Gunung Ledang merupakan makhluk halus yang lebih dikenali sebagai orang bunian. Kepercayaan ini tidak mustahil kerana bunian seperti yang diketahui umat Islam adalah antara golongan jin ciptaan Allah.

Namun dalam keadaan tertentu, orang bunian ini dikatakan mampu menjelma dan menampakkan dirinya di alam nyata yang didiami manusia.Justeru, ada mempercayai Puteri Gunung Ledang merupakan jelmaan daripada golongan bunian yang berada di dalam ‘alam satu lagi’. Malah ada yang mempercayai kawasan Gunung Ledang itu sendiri merupakan ‘perkampungan’ yang dihuni golongan jin itu.

Ini juga tidak mustahil kerana di dalam kepercayaan masyarakat Melayu, terdapat perkampungan bunian di sekitar kawasan-kawasan perkampungan manusia dan di dalam hutan belantara cuma ia berada di dalam dimensi atau alam yang berbeza

Puteri Gunung Ledang Sebenarnya Adalah Orang Bunian?

Bagi pengkaji sejarah di Tangkak, Johor, Zainurin Sahir 50, mempercayai bahawa Puteri Gunung Ledang merupakan bunian yang kadang-kala akan menjelma sebagai seorang nenek tua bertongkat atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai nenek kebayan.

“Ketika dia mahu menampakkan dirinya kepada manusia, ada masa akan menjelma sebagai nenek kebayan dan ada masa pula, jika ia mahu akan menjelma dalam bentuk seorang puteri yang cantik jelita.“

"Perkara ini terpulang kepada semua untuk menerimanya. Ada yang tidak percaya alam ghaib ini tetapi bagi saya sebagai umat Islam kita wajib mempercayai alam ghaib,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Puteri Gunung Ledang Sebenarnya Adalah Orang Bunian?

Katanya, selama beberapa tahun mengumpul maklumat dan kajian berhubung Gunung Ledang, dia mempercayai bahawa Puteri Gunung Ledang merupakan seorang bunian yang menjaga dan mendiami gunung itu sejak sekian lama. 

Zainurin yang gemar mengumpul barang-barang antik termasuk senjata Melayu berusia ratusan tahun di galerinya di Tangkak juga yakin kawasan hutan rimba di sekitar Gunung Ledang itu menyimpan seribu satu misteri yang masih sukar dirungkaikan.

Sebagai contoh, beliau sempat menunjukkan kain cindai yang dikatakan dijumpai oleh seorang rakannya di bawah sebatang pokok berdekatan sungai di sekitar Gunung Ledang. Kain cindai itu dikatakan dijumpai dalam keadaan bergulung milik orang bunian yang mendiami kawasan itu. 

Puteri Gunung Ledang Makhluk Halus Orang Bunian
Kain cindai

“Gunung Ledang juga merupakan lubuk pertapaan bagi mereka yang berhajat menuntut ilmu kebatinan. Mungkin seorang wanita yang dipercayai seorang puteri dari tanah Jawa itu pernah berada di Gunung Ledang namun hilang ke alam satu lagi,” katanya lagi.

Menurut pengetahuannya, seseorang manusia yang memasuki ke alam ghaib akan mengalami kesukaran untuk kembali ke alam nyata kerana dia tidak akan menyedari keadaannya sedang berada di alam ghaib.

“Alam itu dikatakan sama sahaja dengan alam nyata cuma yang berbeza adalah perjalanan masa di antara kedua-dua alam. Sudah tentu semua yang diciptakan Allah ini mempunyai hikmah tersendiri,” katanya. 

Puteri Gunung Ledang Makhluk Halus Orang Bunian

Beliau juga dia tidak menolak kemungkinan Puteri Gunung Ledang merupakan seorang manusia yang pergi bertapa di kawasan hutan di Gunung Ledang tetapi telah ‘memasuki’ alam ghaib.

Menurutnya, tanggapan itu juga pernah menjadi teori kepada lagenda kewujudan sang puteri itu.. Allahualam.

No comments:

Powered by Blogger.