"Baru 40 hari berpantang, suami sudah ‘buang dalam’. Apa Harus Saya Lakukan?"
Saya dalam dilemma di mana saya ingin berpantang bersama suami selama 60 hari, tetapi suami minta saya ‘menunaikan nafkah’ pada hari ke-40 di mana saya masih belum habis tempoh berpantang.
Pada mulanya, saya tidak berani disebabkan berasa ngeri dengan bekas jahitan selepas bersalin secara normal.
Tetapi, suami saya pula berkata, di dalam Islam, pasangan suami isteri sudah boleh bersama setelah darah nifas sudah kering.
Bab berpantang 44, 60 atau pun 100 hari ini hanyalah merupakan peraturan yang ditetapkan oleh manusia, bukannya tuhan.
Jadi, saya sebagai isteri hanya patuh setelah suami berkata macam itu. Akan tetapi, masalah saya sekarang adalah suami ‘buang dalam’ sedangkan saya sudah merayu yang saya tidak mahu mengandung dalam tempoh terdekat.
Bila saya tanya macam kalau saya mengandung lagi nanti, suami cuma menjawab sambil gelak-gelak:
“Awak bersalinlah macam mana aawak bersalin hari itu.”
Terus saya berasa sebak sangat masa itu sedangkan suami sendiri yang menyaksikan betapa azabnya saya masa mahu bersalin hari itu.
Suami mahu saya bersalin tiap-tiap tahun, tetapi saya tidak bersetuju sebab saya memang tidak mahu mengandung lagi di dalam jangka masa terdekat ini sebab rasa sakit semasa bersalin hari itu masih lagi terasa.
Kalau diikutkan hati, saya teringin mahu memasang implan, tetapi ada yang menasihati saya dengan memberitahu perbuatan itu bakal mendatangkan dosa sekiranya saya merancang anak tetapi suami pula mahukan anak lagi.
Sumber: KRT
No comments: