Header Ads

Aksi 'Sweet' Emma Maembong Dan Kamal Adli Buat Ozlyn Meluat Nak Muntah (Video)

Baru-baru ini artis lelaki, Kamal Adli menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

Anggota kumpulan King Musang itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi.

Fad Bocey pula diumumkan sebagai Naib Juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Aksi 'Sweet' Emma Maembong Dan Kamal Adli Buat Ozlyn Meluat Nak Muntah

Achey Bocey sekadar menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Lima lagi artis iaitu Ozlynn, Shuk SYJ, Mamak Puteh, Shahrol Shiro dan Sharif Zero mendapat hadiah saguhati dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Disebalik kejayaan Kamal Adli dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2017, muncul pula satu video viral kelihatan Emma Maembong bersalam dengan “cium tangan” Kamal Adli di belakang pentas selepas majlis berlangsung.

Ozlyn Buat Muka Meluat Nak Muntah Tengok Emma Maembong Salam Kamal Adli

Ozlynn yang melihat gelagat Emma Maembong bersama Kamal Adli itu secara spontan membuat muka meluat nak muntah. Jom tengok video di bawah ini. Sungguh kelakar!

Sebelum ini Emma Maembong mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan Kamal Adli sudah tiada apa-apa hubungan.

Melihat kepada video kemesraan Emma dan Kamal ini kelihatan mereka sudah berbaik semula. Sama-sama kita doakan supaya jodoh mereka berdua kekal sehingga ke jinjang pelamin. Amin.


No comments:

Powered by Blogger.