“Terima Kasih Kerana Tutup Periuk Nasi Saya”
Bukan mudah untuk memperbaiki reputasi diri yang tercalar namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh pelakon baru, Natasha Elyzza gara-gara videonya di Bigo Live tersebar di laman sosial.
Baru-baru ini pelakon tersebut turut bersiaran di laman sosial tersebut namun kali ini semuanya berbeza lapor ROTIKAYA.COM.
Dalam rakaman tersebut, Natasha menyindir dengan menyatakan rasa terima kasih kepada individu yang telah merakam perbuatan mereka menari ghairah di laman sosial tersebut sehingga menjadi perhatian umum.
Namun dalam masa yang sama, Natasha tetap menafikan bahawa wanita yang muncul di dalam video tersebut adalah Fathia Latiff. Pelakon baru ini juga turut dilihat menangis di atas perkara yang terjadi.
Lebih menarik, terdapat suara lelaki yang mempertahankan tindakan Natasha selain menyatakan apa yang terjadi bakal menutup periuk nasi wanita berkenaan dalam mengharungi kehidupan sebagai selebriti di Malaysia.
Jika mahukan kehidupan yang bebas kontroversi, janganlah semua perkara nak jadikan video. Mahu jaga periuk nasi dalam industri seni tanah air dibuktikan dengan bakat dan bukan dengan menayangkan tubuh badan.
Logik mudah dan semua orang pun ada peluang untuk berubah. Bangun semula dan berhenti tuding jari kepada orang lain.
Tonton video kontroversi aksi ghairah Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza di bawah.
No comments: