Viral Gadis Dipukul Dan Baju Ditarik Sehingga Terselak, Cucu Mangsa Tampil Dedah Kisah Sebenar
Semalam, viral satu video seorang perempuan dibelasah oleh penduduk kampung di Penang gara-gara mengintip sebuah rumah. Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata marah dengan tindakan memukul perempuan berkenaan.
Namun, seorang gadis di Facebook, Azira Suib tampil menjelaskan perkara sebenar. Gadis ini mendakwa perempuan berkenaan memukul neneknya.
Pukul nenek dengan kayu
Assalamualaikum. Zira nak explain pasal kes samun yang viral tuh. Mangsa adalah nenek zira sendiri. Dia telah memukul nenek zira dengan kayu di bahagian kepala dan perut. Pada masa tuh zira tiada di rumah kerana bekerja. Zira mmg stay dgn nenek zira dan adik jaa. Hampa memang marah sbb nmpak org pukul dia tapi hampa tak pkiaq perasaan marah kami ? Dia pukul WARGA EMAS taw. Org mmg kata suruh pkiaq kalau jadi kat anak sendiri kan TAPI cuba hampa pikiaq kalau jadi dekat MAK AYAH hampa, dekat NENEK hampa ? Mmg negara kita ada undang ² tapi cuba hampa pkiaq kalau jadi kat hampa jugak.
Mengapa pukul?
Harian Metro sebelum ini melaporkan wanita tersebut dipukul tanpa diberi peluang menjelaskan perkara sebenar. Dia hanya memberi alasan mahu ‘explain’ apabila disoal penduduk kampung.
Tidak berpuas hati dengan tindakan orang ramai memukul, netizen meluahkan rasa berang di posting portal tersebut.
Sebenarnya dia mencuri & pukul nenek
Walau bagaimanapun, Harian Metro telah mengemas kini cerita sebenar mengenai kes ini. Rupa-rupanya wanita tersebut mahu mencuri dan berlaku sedikit pergelutan menyebabkan suspek memukul warga tua dengan kayu. Jeritan mangsa meminta tolong didengari anak serta jirannya yang bergegas membantu.
Harap perselisihan faham ini sudah terjawab.
No comments: