Rupanya Selama Ni Kita Kena Game, Starbucks Sengaja Salah Eja Nama
Mesti selalu kan perkara ini terjadi kalau korang lepak atau tapau air minuman di Starbucks, nama akan silap eja. Boleh dikira pakai jari je nama korang dieja dengan betul, selalu silap ada yang tak pernah betul pun ejaan nama sepanjang hidup lepak di Starbucks tu.
Paling teruk sekali ada yang sampai lain daripada sebutan asal nama korang, rasa sakit hati pun ada kelakar pun ada kan? Bila fikir balik mungkin pekerja Starbucks itu salah eja nama sebab stress, penat, tergesa-gesa, mudah disebut bahkan ada yang anggap mabuk caffeine. Kalau betul sekalipun takkanlah sepanjang masa macam tu kan?
Sebenarnya mereka ada agenda tersendiri, menerusi teori daripada sebuah Youtube Channel Super Deluxe mereka menganggap bahawa dengan zaman media sosial ini mereka gunakan platform tersebut sebagai 'iklan percuma' daripada pelanggan mereka.
Pasti kita akan menganggap ia satu perkara yang melucukan lalu mahu dikongsikan di akan laman sosial, secara tak langsung, kita telah membantu mengiklankan 'brand' mereka.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Molly telah berkunjung di lima buah cawangan Starbucks di sesebuah kawasan yang sama untuk membeli kopi demi melihat hasil ejaan namanya dan mereka masing-masing menulis ejaan yang berlainan.
Kalau ingin mengetahui apa hasilnya, tonton video di bawah.
No comments: