Header Ads

Pengarah Jawab Dakwaan Afifah Nasir 'Dipaksa' Pujuk Aliff Aziz

Pengarah Jawab Dakwaan Afifah Nasir 'Dipaksa' Pujuk Aliff Aziz

Susulan pendedahan Afifah Nasir yang menuduh pihak produksi menggunakan dirinya untuk memujuk dan melayan kerenah Aliff Aziz supaya memberi kerjasama dalam penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu pihak produksi drama tersebut tampil memberi penjelasan. 

Pengarah drama tersebut, Mansor Akob atau dikenali sebagai Manchi telah menafikan dakwaan Afifah tersebut. Dia serta kru produksi lain tidak pernah mengeluarkan arahan atau merancang seperti apa yang didakwa Afifah. 

Memetik laporan Harian Metro, Manchi berkata "Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat malah jauh sekali untuk membuat perancangan seperti didakwa Afifah. Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami.

"Soal masalah di lokasi adalah perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik,"

Pengarah itu juga turut menafikan tahu mengenai kehadiran Aliff dan Afifah dalam pusat karaoke tersebut. Pada Isnin lalu, Afifah menjelaskan perkara yang terjadi adalah perancangan pihak produksi. 

Namun, Aliff menyangkal dakwaan tersebut dan ianya disifatkan sebagai perkara mengarut dan tidak masuk akal.

No comments:

Powered by Blogger.