Header Ads

Mulianya Hati Qaiyum, Lelaki Baju Biru Dalam Viral Rakyat Malaysia Pecah Dinding Dan Tinggal Tahi Di Shower Room Di Jepun

Mulianya Hati Qaiyum, Lelaki Baju Biru Dalam Viral Rakyat Malaysia Pecah Dinding Dan Tinggal Tahi Di Shower Room Di Jepun

Semalam panas di timeline Facebook dan Twitter mengenai 3 rakyat Malaysia yang membuat onar dengan memecahkan dinding dan meninggalkan najis di bumi Jepun. Mungkin mereka sangka mereka dapat lepas selepas buat onar di sana namun rakaman CCTV di Vitti Lodge & Family Apartment.

Jika anda lihat video tersebut secara penuh, anda boleh lihat pemuda berbaju hitam yang memulakan persengketaan dengan pemuda berbaju biru. Pemuda berbaju biru berkenaan sebenarnya adalah pekerja di Vitti Lodge & Family Apartment. Setelah membuat sedikit penyelidikan, pemuda berbaju biru berkenaan bernama Muhd Abdul Qaiyum.

(Baca: Pecah Dinding Dan Tinggal Tahi Di Shower Room, Gelagat Samseng Rakyat Malaysia Di Jepun (Video))

Kisah Lelaki Baju Biru Dalam Insiden Rakyat Malaysia Buat Onar Di Jepun Yang Baik Hati

Memetik laporan THE VOCKET, Qaiyum sudah lama menetap di Jepun dan merupakan bekas pelajar di Kyoto University dan Tahfiz Mutmainnah. Tunggu kes ini reda sedikit nanti kami akan cuba hubungi Qaiyum untuk berkenalan dengan lebih lanjut dengan beliau.

Menurut penerangan saudara Dzulhaidi Abdul Rahim, saudara Qaiyum pernah membantu syarikat travel dari Malaysia sebanyak 180,000 Yen (RM7,200) kerana kasihankan guest yang telah ditipu syarikat travel berkenaan dengan pakej pelancongan yang meragukan. Sehingga kini syarikat travel itu masih tidak membayar walau sesen pun kepada Qaiyum. Dikatakan saudara Qaiyum membayar dengan wang sendiri kos baik pulih dinding di Vitti Lodge sebanyak 130,000 yen (kira-kira RM5,000). Punya baik hati saudara Qaiyum ini.

Banyak yang kita boleh belajar dari saudara Qaiyum daripada insiden ini. Sepanjang insiden, beliau sangat sabar walaupun beliau disembur dengan perkataan kesat dan ditolak ke dinding. Ini apa yang dapat kita belajar dari insiden di Vitti Lodge ini.

Mulianya Hati Qaiyum, Lelaki Baju Biru Dalam

1. Sabar 

Kalau kita sendiri di posisi saudara Qaiyum, memang naik tangan hendak tampar lelaki itu. Saudara Qaiyum dengan sangat tenang dan sangat matang dalam menghadapi insiden ini. Mungkin beliau fikir, kalau beliau terlibat dalam pergaduhan, perkara lain pula akan berlaku dan itu akan menyusahkan beliau untuk terus cari makan di Osaka. Lagi pun mungkin beliau fikir mereka ini masih budak mentah belum kenal dunia dan beliau sabar sahaja melayan karenah ketiga-tiga pemuda ini.

2. Sopan 

Saudara Qaiyum hanya menegur tentang peraturan penggunaan dapur di Vitti Lodge. Cara Qaiyum menegur pun sangat bersopan dan tidak sepatutnya mereka melenting. Bila kita di tempat orang, perlulah ikut house rule tempat berkenaan.

3. Tutur kata

Setiap tutur kata saudara Qaiyum sangat beradap dan walaupun pemuda berbadan besar itu menengking dan menolak Qaiyum ke dinding, sikit pun perkataan kesat tidak keluar dari mulut Qaiyum. Kita sendiri kalau sudah marah pasti bermacam-macam perkataan akan keluar dari mulut. Tetapi Qaiyum tetap tenang. Bila sudah marah, segala perkataan makian keluar daripada mulut.

Mulianya Hati Qaiyum, Abang Baju Biru Dalam Insiden Rakyat Malaysia Buat Onar Di Jepun

Agak menyedihkan apabila perkara seperti ini berlaku di luar negara terutamanya berlaku di negara maju seperti di Jepun. Betul kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Di mata pemilik Vitti Lodge sendiri, imej pelancong Malaysia sudah disamakan dengan pelancong dari negara China yang ramai tahu kurang beradap.

Tetapi nasib baik ada saudara Qaiyum. Sedikit sebanyak pihak media Jepun masih tahu ada rakyat kita yang sopan dan beradap yang tinggal di sana (insiden ini khabarnya sudah tular di media Jepun). Kalau Qaiyum pun berkeras, jadi cerita lain pula di Jepun sana. Beliau adalah hero kita di dalam insiden ini. Terbaik dan kudos Qaiyum.

Semoga insiden ini menjadi pengajaran kepada kita semua sekiranya keluar melawat negara orang. Kalau ada mentaliti kelas ke-10 di dalam diri, tinggalkan di Malaysia. Bawa mentaliti kelas pertama ke luar negara. Barulah orang luar tak pandang rendah kepada negara kita. Akhir kata, budi bahasa budaya kita.

(Kemaskini: Pesalah Dalam Insiden Rakyat Malaysia Buat Onar Di Jepun Mohon Maaf Dan Dedah Kisah Sebenar)

No comments:

Powered by Blogger.