Header Ads

"Dah Macam Wedding Kafir" - Majlis Resepsi Ummi Nazeera Dikecam Teruk (Video)

Majlis Resepsi Ummi Nazeera Dikecam Teruk

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon wanita, Ummi Nazeera dan pasangannya Dr Izzar yang telah selamat disatukan pada Julai lalu. Dan baru-baru ini, majlis resepsi pasangan tersebut berlangsung dengan meriahnya. 

Apa yang menjadi perhatian netizen ialah apabila Ummi berkongsi sebuah video di laman IG yang memaparkan persembahan tarian mereka di majlis tersebut. Video tersebut telah ditonton hampir 100,000 kali sejak ianya dimuat naik oleh pelakon tersebut. 

"Ramai yang minta full dance video, Okay laaa Ummi belanja my fans..love u guys! Always by my side" tulis Ummi dalam ruangan kapsyen tersebut. 

Tonton video majlis resepsi Ummi Nazeera dan Dr Izzar di bawah.


Sehingga kini, tarian pasangan tersebut masih menjadi bualan netizen. Malah tak kurang juga yang memberi kecaman dan kritikan yang agak melampau. 

Bagaimanapun, menurut Ummi tujuan acara tarian itu hanyalah untuk menceriakan suasana selian menghiburkan tetamu, lapor Astro Gempak.

“Saya memang mahukan ‘bride and groom dance’, bukan apa, kalau boleh saya tidak mahu majlis itu terlalu serius.

“Sebab itu saya adakan segmen tarian, hanya sekadar suka-suka. Saya bukanlah pandai menari jadi saya dan suami ambil masa tiga hari untuk berlatih menari,” katanya. 

Antara komen-komen 'panas' dari netizen.

Majlis Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr Izzar Dikecam Teruk

Netizen Kecam Majlis Resepsi Ummi Nazeera

Netizen Kecam Majlis Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr Izzar

Netizen Kecam Majlis Resepsi Ummi Nazeera Dan Suami

No comments:

Powered by Blogger.