5 Ketaksuban Rakyat Jepun Yang Sangat Pelik
Jepun sememangnya terkenal dengan perkara-perkara luar biasa pelik, seperti budaya pelik, ciptaan pelik, sehinggalah kepada obsesi pelik.
Seperti mana gadis-gadis Malaysia obses dengan berselfie, dan juga usahawan muda obses menjual produk kecantikan serta ubat kurus, di Jepun terdapat obses yang lebih pelik dan dasyat.
Menerusi iluminasi.com, kami ingin kongsikan kepada anda 5 ketaksuban di Jepun yang sangat pelik.
5. "Yaeba"
Semua orang inginkan gigi yang putih dan tersusun rapat. Disebabkan itu, ramai yang membelanjakan ribuan ringgit untuk memperbaiki gigi mereka termasuk lah memasang pendakap gigi. Namun, ia agak berbeza di Jepun. Sesetengah wanita Jepun obses dengan apa yang dipanggil "yaeba". Wanita Jepun bangga dengan ketidaksempurnaan gigi mereka dan ada yang sanggup menggunakan khidmat doktor gigi untuk menghasilkan gigi sebegini.
Gigi yang menjadi obses ini sangat digilai dan terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada perkara ini termasuklah ia membuatkan seorang gadis itu menawan dan kelihatan muda, dan ada yang berpendapat wanita mengubah penampilan sebegitu untuk mengikut piawaian lelaki. Dan ia hanya menjadi obses di kalangan wanita muda sahaja.
4. Menjilat bola mata
Dengar sahaja sudah pelik, apatah lagi melakukannya. Menjilat bola mata adalah kegilaan yang diamalkan di sekolah di Jepun. Anda boleh lihat contoh obses ini di dalam youtube atau komik. Jika di Malaysia orang akan berjabat tangan bagi menunjukkan kemesraan, namun sesetengah pelajar di Jepun mereka akan menjilat bebola mata.
Terdapat laman sesawang, Naver Matome, yang mendakwa bahawa satu per tiga daripada pelajar 12 tahun mengaku melakukannya, dan ia merupakan satu masalah besar.
Seorang guru telah melaporkan semakin ramai pelajar yang mengalami ketulan pada mata dan menggunakan penutup mata bagi menyembunyikan jangkitan.
3. Kepala "Bagel"
Tatu dan juga tindik adalah antara pengubahsuaian yang dilakukan oleh manusia terhadap badan mereka, bagi kebanyakan orang. Namun, di jepun terdapat satu amalan ekstrem dalam pengubahan pada badan, antaranya adalah "kepala bagel". Ia merupakan satu sub-budaya di luar kebiasaan, dan dilakukan dengan menyuntik air garam ke dalam dahi sambil menekan dengan ibu jari.
Budaya ini bermula sejak tahun 1999 dan masih wujud dalam kalangan masyarakat Jepun. Ia bukan lah sesuatu yang murah dan hanya bertahan kurang daripada 24 jam dan dahi akan menjadi seperti sediakala.
2. Punggung Hamster
Bunyi sangat kelakar, dan ia mempunyai terma sendiri iaitu "Hamuketsu" yang bermaksud hamster dan punggung. Lebih buruk lagi, terdapat buku mengenai punggung hamster dan telah terjual sebanyak 40,000 buah serta laman Facebook yang didedikasikan kepada Hamuketsu, yang mana beribu-ribu gambar dimuat naik oleh peminat-peminatnya.
Untuk melihat lebih jelas lagi betapa obses dan gilanya orang Jepun terhadap punggung hamster adalah dengan melihat buku pertama mengenai obsesi ini iaitu Kawaisa-ni Monzetsu Hamuketsu.
Buku Kawaisa-ni Monzetsu Hamuketsu |
Buku ini memuatkan 72 keping gambar yang mempertontonkan punggung hamster yang fotogenik. Buku ini telah terjual kesemua 7,000 salinan dan terpaksa dicetak lagi atas permintaan ramai.
1. Kancho
Kancho adalah sejenis gurauan atau sakat dimana kanak-kanak akan menyelinap ke belakang mangsa tanpa disedari hanya untuk "mencucuk" lubang punggung antara satu sama lain menggunakan jari telunjuk sambil menjerit "Kancho". Gurauan ini diterima oleh orang ramai namun ia tidaklah digalakkan di Jepun. Namun bagi kanak-kanak, mereka biasanya tidak dimarahi jika bergurau seperti ini.
Tetapi di sekolah-sekolah Malaysia juga mempunyai perkara seperti ini namun ia hanya dilakukan ketika seseorang sedang menaiki tangga dan apabila dicucuk, penyerang akan menjerit, "Hanamichi".
No comments: