Header Ads

Dua Gadis Sabah Ditahan Bersama 500 Gram Syabu Di Nunukan

Nunukan - Dua gadis warganegara Malaysia yang dipercayai berasal dari Tawau, Sabah telah ditangkap oleh pasukan Narkotik Nunukan Kalimantan Utara bersama 500 Gram Syabu semasa sibuk melayan pelanggan.

Pasukan Narkotik terbabit telah mengenakan pakaian preman dan menyamar menjadi pembeli telah berjaya menangkap dua wanita terbabit dengan bahan bukti, syabu seberat 500 Gram.

Pesalah dinyatakan sebagai Nur Amalia (27),  yang berasal dari Kampung Jawa Lanut Tawau, Sabah dan Lisa binti Hamdan (22), yang berasal dari Jalan Apas Batu 3 Tawau lapor kabarkaltara.co.

Dua Gadis Sabah Ditahan Bersama 500 Gram Syabu Di Nunukan

Mereka telah dicekup berdekatan pejabat BNI, Sei Nyamuk Sebatik Timur.

"Kami melakukan penyamaran untuk membendung kemasukan syabu dari Tawau seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Pengedar ini akhirnya berjaya kami berkas."Kata koperal Nunukan AKBP. Jepri Yuniardi, Selasa (25/7/2017).

Dua Gadis Sabah Ditahan Bersama 500 Gram Syabu Di Nunukan

Dua wanita ini membawa paket besar dadah dengan mengambil upah setelah barang haram tersebut berjaya dijual. Mereka mendakwa menjadi kambing hitam.

Mereka mengaku baru pertama kali melakukan kegiatan ini kerana terpaksa menyara keluarga.

Menurut mereka, paket syabu terbabit adlah milik Andika, seorang pengedar syabu di Tawau, Sabah.

Gadis Tawau Ditangkap Bersama 500 Gram Syabu

No comments:

Powered by Blogger.