Pendakwah Konon, Tapi Aibkan Orang Dan Jual Agama Untuk Raih Simpati
Sejak dua hari lepas, viral mengenai tulisan seorang individu yang menggunakan nama Diana Iman Heart di Facebook, mendakwa dirinya pendakwah mengenai seorang anggota RELA yang dikatakan menghalangnya dari ‘menjalankan kempen menutup aurat’
Sebenarnya apa yang penulis faham, wanita itu dihalang dari membuat persiapan di gerainya yang menjual pakaian muslimah kerana lewat selama sejam di Karnival Mega Sale anjuran KPDNKK di Dataran Angsana.
Tulisan Diana Iman Heart boleh dibaca di bawah:
Kata orang, mendengar cerita sebelah pihak adalah tidak adil. Ramai yang mengecam tindakan anggota RELA bernama Rosli itu tanpa mengetahui keadaan sebenar.
Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook telah menulis mengenai sikap Diana yang kelihatan cuba mengaibkan anggota RELA bernama Rosli itu bukan untuk mendapatkan keadilan, tapi hanya kerana melampiaskan amarah. Ikuti tulisan Maz Mazratul Humairah mengenai Diana Iman Heart.
Terbaca kisah viral pasal RELA dan penjual pakaian islamik. Bukan RELA je. Jururawat, Guru pun pernah kena. Dajjal belum keluar dah sibuk viral cerita fitnah (cuba baca gambar di komen bawah dan cuba telefon KPDNKK Johor).
Isi yang saya nak sampaikan.
Manusia memaki hamun kerja RELA hanya cerita di sebelah pihak sahaja. Kalau nak marah selesaikan di pejabat bukan diviralkan.
Tiada sudah sifat tabbayun. Jangan cetus rasa tak hormat pada kerja begitu. Hanya sebab seorang RELA kita nafikan kebaikan RELA yang banyak tolong jadi penjaga. Hanya sebab jururawat tertidur, jururawat lain kena maki. Hanya sebab seorang guru bermasalah, hilang adab dengan guru yang lain. Pernah tanya masalah orang yang dituduh? Yang dimalukan dengan viral?
Logiknya sesiapa pun kalau dia dipihaknya mesti ceritanya akan memihak diri dia, dia dianiaya, dia dizalimi. Pernah tanya pihak RELA tadi apa sebenarnya terjadi? Penzina mengaku berzina pun Nabi tak terus hukum.
Memaki lebih mudah dari lafaz zikir. Tapi tak apa lepas viral, tutup kes. Di padang mahsyar boleh cari semula utk minta maaf.
Asalkan puas hati boleh meluahkan perasaan. Perasaan keluarga orang tak fikir sebab bukan keluarga kita. Orang hilang pekerjaan tak mengapa asalkan bukan kerja kita.
Kalau pun realitinya RELA itu salah tapi anda dapat apa dengan menghina orang? Menghina pekerjaan orang?
Nak tunjuk pada dunia yang beginilah akhlak muslim? Nak tunjuk pada Jepun yang mereka lebih tepati masa dari muslim? Kalau nak buat kisah tauladan tutup muka orang. Ini kes memang nak lampiaskan amarah.
Dalam penceritaan RELA itu memang salah sebab nampak macam tiada budi bicara, budak-budak yang cerita memanglah. Tapi dia tegas dengan kerjanya, dia ada integriti. Kes budi bicara nilah yang banyak bagi lepas orang asing masuk kawasan. Kemudian banyak jenayah berlaku dan akhirnya yang disalahkan pegawai keselamatan.
Buat kerja salah,tak buat salah. Salah sedikit kena maki hamun… viral. Padahal memang tak salah pun. Jadi kambing hitam nak lariskan page.
Apa yang saya nampak.
Manusia yang tiada disiplin.
Lewat sejam bukan seminit. Sebelum nak dakwah orang… kita dakwah diri kita dengan surah Al Asr’. Sumpah atas masa.
Guna simpati agama untuk menjual.
-Kalau betul kita berdakwah,anggaplah ianya cabaran. Banyak lagi tempat kita boleh menjual. Banyak lagi tempat kita boleh berdakwah. Manusia menyokong guna sentimen agama dalam masa sama memaki, memperlekeh kerja orang dan ambil cerita sebelah pihak sahaja. Kemudian nak jual-jual nama Allah. Sebab itu kes penipuan guna agama ni berleluasa siap boleh jadi jutawan dan kebal undang-undang.
Biasalah sebenarnya kalau ikut majlis kadang kita lambat,semua orang pernah lalui. Kena halau balik pun ada. Hangus duit gerai. Tapi isu ini kenapa sampai nak malukan orang hanya sebab tak puas hati? Kalau nak viralkan sebagai tauladan, tutuplah muka orang.
Tapi kalau kita memang nak malukan orang, dah berjaya dah. Siap page sampah buat modal cerita nak tarik trafik yang akhirnya bagi ancaman kepada kerja orang yang kasihan anak bini dan keluarga. Memalukan…
Banyaknya kezaliman yang maslahat kepada umum kisah peribadi juga yang kena viral. Tiadakah istilah dalam hidup kita memberi harapan pintu rahmat pada orang lain?
Sudah-sudahlah jual nama Allah dan agama untuk keuntungan dunia. Banyak lagi teknik pemasaran lain boleh cuba.
Trip bisnes untuk MAS lambat sepuluh minit dia tutup gate walaupun dah bayar beribu harga tiket. Kalau logiknya boleh lagi budi bicara. 10 minit bukan sejam.
Jangan amalkan sangat suka memaki dan viralkan aib individu. Lagi-lagi yang terikat dengan etika kerja. Bukan senang nak dapat kerja. Fikir juga periuk nasi anak yang sekolah.
Sekuriti di pejabat sini kalau tak tegas kena buang terus, sebab banyak kes orang luar masuk dan kawtim. Sekuritikah salah? Kalau tak puas hati pergi jumpa ketua atau buat laporan polis.
Susah tuhan nak berikan kita kepimpinan yang berintegriti. Sebab kita sebagai rakyat tak pentingkan disiplin, tak kisah intergriti dan lebih suka jadikan kisah viral sebagai hujah kebenaran.
Siapa kuasai media dialah benar.
Jadi apakah sebenarnya yang berlaku pada masa itu? Menurut seorang penguna Facebook, Mohd Hamdan, yang berada di situ pada hari kejadian (majlis perasmian Karnival Mega Sale KPDNKK), Diana lambat sejam ke karnival itu, tidak seperti orang lain yang semuanya membuat persiapan lebih awal.
Ketika Diana sampai, DYMM Sultan Johor telah berada di majlis untuk merasmikan karnival itu.
Malah, wakil KPDNKK juga memberitahu Rosli telah menjalankan tugasnya mengaga keselamatan majlis dengan baik.
Jadi sudah jelas di sini, Rosli sebagai kawalan sekuriti hanya menjalankan tugasnya. Sekiranya dia melepaskan Diana untuk membuat persiapan, dia pula akan dipersalahkan kerana ia seolah-olah tidak menghormati kehadiran Sultan sebagai pemerintah negeri.
Pemerhatian penulis, apa yang berlaku ialah salah Diana sendiri kerana lewat sampai ke acara. Sekiranya Diana ingin membuat aduan mengenai apa yang telah berlaku, dia sepatutnya mengajukan aduannya kepada penganjur majlis iaitu KPDNKK.
Rosli hanya mengikut peraturan dan menjalankan amanah yang diberikan kepadanya.
Justeru, sekalung tahniah diucapkan kepada anggota RELA, Rosli, yang telah bertugas dengan penuh dedikasi. - FB Maz Mazratul Humairah
No comments: