Pahala Jika Isteri Ajak Suami 'Bersama'
Dalam kehidupan masyarakat kita, adalah sesuatu yang jarang sekali kita dengar kaum perempuan akan membicarakan atau meminta melakukan hubungan kelamin terlebih dahulu.
Nota: Bagi anda yang memiliki suami yang kurang berghairah di ranjang, sangat penting untuk mencuba tips ini.
Keghairahan seorang suami ibarat minuman panas, bila di letak ais batu minuman itu tentu akan menjadi sejuk, seperti itulah dapat di gambarkan nafsu seorang suami.
Semangat ghairah itu akan sejuk dengan sikap dingin dan rasa malu yang menguasai anda yang sebenarnya berkeinginan merasakan kehangatan cinta yang memuaskan dari suami.
Dalam hubungan suami isteri amatlah penting untuk bertoleransi dalam hubungan intim, apabila seorang suami memiliki keghairahan yang sukar untuk di bangkit maka di sinilah peranan seorang isteri sangat di perlukan untuk melakukan sesuatu yang membangkitkan keinginan suami pada anda.
Buanglah rasa malu yang menghalang anda untuk memberikan kebahagiaan pada suami, dan rasakanlah keindahan nikmat apabila berdekatan suami, kerana keindahan dalam sesuatu hubungan intim antara suami isteri adalah keindahan yang di redhai oleh Allah SWT.
Seperti mana yang di nasihatkan oleh Sayyina muhammad Al-Baqir kepada kaum wanita ”wanita yang baik di antara kamu adalah, wanita yang membuang rasa malunya ketika dia membuka baju untuk suaminya dan memasang rasa malu ketika dia berpakaian semula”
“InsyaAllah isteri yang mahu mengghairahkan suami akan memperolehi keredhaan dan barakahnya”
Jika anda seorang isteri yang belum pernah mengajak suami untuk berhubungan intim maka cubalah melakukannya, pasti anda akan menemui sesuatu yang bebeza iaitu sesuatu yang bukan sekadar yang terindah.
No comments: