15 Mercun Paling ‘Lejen’ Di Malaysia (15 Gambar)
Mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut.
Antara sebab mercun diharamkan dijual di pasaran terbuka kerana terdapat banyak kejadian kanak-kanak putus jari dihari raya. Kes-kes ini pula disensasikan oleh media arus perdana yang ingin melariskan akhbar mereka. Ini salah satu sebab kenapa kami anti dengan media arus perdana.
1. Mercun papan
Mercun papan ni agak popular suatu masa dulu. Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi.
2. Mercun bola
Tengok bentuk sudah tahu kan ni jenis mercun apa? Ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang bulat seperti bola. Mercun ini agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc di sebabkan main mercun ni. Tak dapat nak salam Ibu Bapa raya nanti.
3. Mercun telur
Yang ni adalah mercun telur. Bentuk mercun seperti telur ayam. Saiznya lebih kurang macam telur ayam (GRED kecik) yang anda beli di kedai runcit tu.
4. Mercun mancis
Mercun ni berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu.
5. Mercun ketupat
Mercun ketupat, mercun ni tak boleh di makan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat. Kalau di makan nescaya meletup di perut.
6. Mercun lebah
Mercun ni digelar mercun lebah kerana mercun ni kejar orang. Cara untuk melarikan diri dari mercun ni adalah jangan main mercun ni.
7. Mercun naga
Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga. Walaupun bunyinya tidak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya. Kalau kena kulit boleh tinggal tulang jer, tak dapat lah nak beraya.
8. Mercun roket
Mercun rocket adalah mercun yang sangat menarik untuk di mainkan. Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan. harga dulu 30 sen sebatang. Sekarang?
9. Thunder clap
Meletup kuat di udara. Gile legend nih.
10. Pop pop
Mercun yang paling selamat untuk di mainkan dan sesuai untuk kanak2 riang serta gadis-gadis manja
11. Mercun katak
Yang ni meletup sambil melompat lompat.
12. Mercun das@mercun buih
Mengeluarkan banyak warna dan percikan api kelihatan seperti buih yang berwarna warni.
13. Mercun tarik
tarik tali kiri dan kanan pastu meletop.
14. Mercun ayam
15. Meriam bulouh
No comments: