Header Ads

Sekitar Kejadian Kelab Malam Dibom Di Puchong

Empat lelaki dan empat perempuan dilaporkan cedera selepas berlaku letupan di sebuah kelab hiburan di Puchong, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata letupan dipercayai dari bom tangan berlaku di kelab malam Movida di IOI Boulevard, jam 2.15 pagi.

“Kami akan menyiasat segala kemungkinan sama ada persaingan perniagaan, dendam mahupun individu tertentu yang berniat melakukan perbuatan itu,” katanya.

Sekitar Kejadian Kelab Malam Dibom Di Puchong

Memetik laporan The Star, ketika kejadian pengunjung yang berada di pub sedang menonton siaran langsung Euro 2016 yang menampilkan pasukan England dan Iceland.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong dilaporkan menerima laporan kejadian kira-kira pukul 3 pagi.

Lima daripada mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Sunway.

Detik Cemas Kelab Malam Kena Bom Di Puchong

Sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 30 meter dari pusat hiburan itu, turut mengalami kerosakan.

Sekumpulan anggota Unit Forensik polis dilihat melakukan siasatan di lokasi kejadian dan unit pengesan anjing K9 difahamkan menemui kesan ball bearing pada kerusi dan meja di luar pub.

Suspek kejadian itu masih dijejaki.

Kelab Malam Kena Bom Di Puchong

Kelab Malam Kena Bom Di Puchong

Kelab Malam Dibom Di Puchong

No comments:

Powered by Blogger.