Header Ads

Remaja Hampir Jadi Mangsa Kerakusan Warga Asing Dalam Lif (Video)

SEORANG gadis dipercayai berusia lingkungan belasan tahun, dicabul oleh seorang lelaki warga asing di dalam lif.

Video berdurasi 1 minit 40 saat itu telah ditonton 176,000 netizen dan mendapat 2,977 perkongsian di laman Facebook sejak dimuat naik.

Kejadian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mula menunding jari terhadap warga asing di negara ini lapor Mynewshub.

Remaja Jadi Mangsa Kerakusan Warga Asing Dalam Lif

“Inilah sebabnya kenapa saya selalu menggunakan tangga berbanding lif. Golongan lelaki miang sentiasa ada di mana-mana. Budak kecil pun nak dicabulnya,” komen Dayang Nadia Rina.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi kejadian berlaku. Berdasarkan video, individu yang merakam video terbabit dikatakan mahu membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

Golongan wanita dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak menggunakan lif sekiranya menghadapi situasi seperti ini.

Tonton video Gadis Dicabul Warga Asing Dalam Lif di bawah.

No comments:

Powered by Blogger.