Header Ads

Perjanjian David Copperfield Dengan Syaitan Laknatullah

David Copperfield adalah seorang ahli silap mata yang terkenal di dunia dan dia dikatakan mula bermain silap mata sejak berusia 12 tahun lagi. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan ahli silap mata termuda yang diterima oleh Persatuan Ahli Silap Mata Amerika. Apabila dia berumur 16 tahun, New York University telah menjempunya untuk mengajar kursus silap mata. Usia remaja dah jadi pensyarah.

Perjanjian David Copperfield Dengan Syaitan Laknatullah

Nama “David Copperfield” diambil dari watak fiksyen bernama David Copperfield yang terdapat dalam novel yang sama bertajuk, David Copperfield oleh Charles Dickens. Pada usia 19 tahun, Copperfield telah melakukan silap mata yang besar dalam Pagoda Hotel, Honolulu, Hawaii yang mana telah membuat namanya terkenal dan tersebar ke seluruh dunia.

Kisah Perjanjian David Copperfield Dengan Jin Didedahkan

Majalah Forbes melaporkan David Copperfield mempunyai pendapatan sebanyak 57 juta dolar Amerika pada tahun 2003. Setiap tahun, David Copperfield melakukan lebih daripada 550 pertunjukan di seluruh dunia.

Perjanjian David Copperfield Dengan Jin

Menurut sumber, surat perjanjian antara “seorang ahli sihir dengan wakil syaitan” yang bernama Asmodeus dengan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin. Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia. Cop yang tertera di surat ini bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa.

Ia merupakan cop milik Jin jahat biasa. Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara “Syaitan dengan O’Ryan Greenfield” seorang ahli sihir dari barat. Sebenarnya surat itu ialah perjanjian otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop Ifrit.

Perjanjian David Copperfield Dengan Syaitan

David Copperfield sememangnya mengamalkan ilmu sihir (dalam Islam, amalam sihir ditegah kerana syirik kepada Allah dan dosa tidak diampun). Sebab itulah beliau boleh melakukan apa sahaja termasuk dibenarkan untuk terbang di udara. David Copperfield sebenarnya sangat terkenal di kalangan jin.

Dia mempunyai perjanjian dengan salah seorang Ifrit. Dan satu lagi kemahiran beliau, memotong seorang gadis di dada, adalah jin perempuan yang muncul dalam bentuk seorang gadis. Dia menghilang, kemudian menunjukkan diri sekali lagi tanpa kecederaan sedikit pun. Mungkin Copperfield telah membuat perjanjian yang sama seperti di atas.

Untuk yang mungkin mempertikaikan, sila tambah pengetahuan anda dengan mendengar tazkirah dari Uztaz Auni Mohamad ini.



(Baca: Siapa Disebalik Magis Ahli Silap Mata? Syaitan atau Trik Semata-mata? (Video))

No comments:

Powered by Blogger.