Header Ads

Pelakon Acappan Nafi Memeluk Islam

PETALING JAYA: Mengakui beliau sedang mendalami ilmu agama Islam, pelawak Acappan walaubagaimanapun menafikan khabar angin telah memeluk Islam.

Khabar angin tersebut mula bertiup kencang apabila tersebarnya gambar Acappan bersama rakan-rakan di sebuah surau.

Bercakap kepada mStar Online, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan menjelaskan gambar tersebut adalah semasa beliau memenuhi jemputan berbuka puasa semalam di sebuah surau di Salak Tinggi.

Pelakon Acappan Nafi Memeluk Islam

“Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama,” katanya dipetik laporan mStar.

Acappan berkata beliau menyukai agama Islam namun meminta diberi masa dalam hal memeluk agama Islam.

Beliau juga meminta supaya jangan menyebarkan berita yang tidak betul dan meminta masyarakat supaya tidak mempercayai berita tanpa pengesahan.

“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu,” katanya lagi.

Beberapa portal hiburan sejak awal pagi tadi mula menyiarkan berita mengenai ‘penghijrahan’ pelawak tersebut dengan mengatakan beliau memeluk agama Islam dengan mengambil nama Muhammad Ramadhan atau Shahrin Abdullah.

Acappan merupakan seorang pelawak terkenal tanahair sejak tahun 80an.

Kini berusia 58 tahun, beliau dulunya dikenali menerusi Trio Santan Berlada dan kemudiannya membintangi beberapa filem tempatan antaranya Adik, Sejati, O.K., Mira Edora, Rimba Malam dan banyak lagi.

No comments:

Powered by Blogger.