Header Ads

Lelaki Cina Dipuji Kerana Membantu Sebuah Keluarga Miskin Berbuka Puasa

Beberapa hari yang lalu seorang lelaki bernama Kuan Chee Heng menerima pujian ramai masyarakat islam kerana telah membantu sebuah keluarga yang agak daif berbuka puasa. 

Menurut beliau, ibu kepada 8 orang anak  ini telah ditinggalkan oleh suaminya tanpa diberi nafkah lapor Harian Metro.

Lelaki Cina Dipuji Kerana Membantu Sebuah Keluarga Miskin Berbuka Puasa

Dek kerana kesempitan wang, bil air api rumahnya telah dipotong kerana tidak mampu untuk membayar bil bulanan dan keluarga ini juga dihalau oleh tuan rumah kerana sewa rumahnya yang tertunggak.

“Sebagai manusia, kita tidak perlu melihat perbezaan agama, bangsa dan pangkat untuk membantu.”

Itulah kata – kata yang diucapkan oleh lelaki berhati mulia ini, Kuan Chee Heng, 52 setelah gambarnya berbuka bersama ibu lapan anak di puncak jalil menjadi viral.

Beri Makanan Berbuka Puasa Kepada Sebuah Keluarga Miskin, Lelaki Cina Ini Mendapat Pujian

Kuan Chee Heng Membantu Sebuah Keluarga Miskin Berbuka Puasa

Kuan Chee Heng Membantu Sebuah Keluarga Miskin Berbuka Puasa

Mr. Kuan mengatakan beliau tergerak hati untuk membantu keluarga berkenaan selepas dihubungi rakan Muslimnya yang menetap dikawasan berhampiran.

Bila ramai yang mencemuh keluarga susah ini, Mr.Kuan pun tampil dengan kenyataan membuka hati manusia..

Kuan Chee Heng Membantu Sebuah Keluarga Miskin Berbuka Puasa

Semoga perkongsian ini dapat menjadi contoh yang baik untuk orang diluar sana.

No comments:

Powered by Blogger.