Header Ads

Kantoi Rakam Seluar Dalam Wanita, Lelaki Dimalukan (Video)

SEORANG lelaki menerima padah apabila perbuatan terkutuknya merakam seluar dalam seorang penumpang wanita terbongkar dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen kereta api Shanghai, China.

Akibatnya suspek ditampar dan tambah memalukan, rakaman kejadian tersebut tersebar di laman Weibo hingga menjadi viral.

Menerusi sebuah klip video berdurasi 2 minit 13 saat, seorang lelaki berkemeja putih kelihatan menampar dan memalukan suspek di hadapan penumpang lain yang berada di stesen berkenaan sebagai hukuman, kerana tindakannya itu dikatakan telah mencemarkan maruah lelaki.

Kantoi Rakam Seluar Dalam Wanita, Lelaki Dimalukan

“Saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap lelaki seperti ini dan jika mana-mana lelaki yang melihat perbuatan kamu ini, pasti mereka akan menghalangnya,” kata lelaki itu.

“Tengok. Inilah wajah yang merosakkan maruah kaum lelaki,” jeritnya lagi.

Rata-rata netizen menyokong tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan kerana berjaya menghalang kelakuan tidak senonoh suspek.

Bagaimana pun ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan kewajaran tindakan memalukan suspek di khalayak ramai seperti itu.

Tonton video Dimalukan Gara-Gara Kantoi Rakam Seluar Dalam Wanita di bawah.

No comments:

Powered by Blogger.